KUALA LUMPUR: AirAsia menawarkan diskaun 50 peratus bagi tambang asas sehala secara eksklusif kepada penumpang MYAirline yang terjejas akibat penggant...
: AirAsia menawarkan diskaun 50 peratus bagi tambang asas sehala secara eksklusif kepada penumpang MYAirline yang terjejas akibat penggantungan operasi syarikat penerbangan tersebut.
Tawaran istimewa itu yang berkuat kuasa serta-merta, adalah khusus kepada penumpang dengan tempahan penerbangan yang disahkan ke dan dari Kuala Lumpur, Langkawi, Pulau Pinang, Tawau, Kota Bharu, Kuching, Kota Kinabalu, Kota Kinabalu-Tawau, dan Don Mueng-Bangkok dan Suvarnabhumi-Bangkok bermula hari ini hingga 30 Nov, 2023.
“Kami memahami tekanan dan gangguan susulan situasi yang berlaku dan berharap diskaun 50 peratus ini akan membantu penumpang yang terjejas untuk membuat tempahan perjalanan baharu, menggunakan sepenuhnya rangkaian penerbangan kami yang meluas ke semua destinasi utama,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Aviation Group Ltd Bo Lingam dalam satu kenyataan hari ini.
MYAirline dalam satu kenyataan awal hari ini mengumumkan ia menggantung operasinya berkuat kuasa hari ini sehingga diberitahu kelak berikutan tekanan kewangan yang ketara. Syarikat penerbangan tambang rendah itu berkata keputusan tersebut diambil berikutan tekanan kewangan yang menyebabkan operasi perlu digantung sementara menunggu penstrukturan dan permodalan semula pemegang sahamnya. -Bernama
Italia Ultime Notizie, Italia Notizie
Similar News:Puoi anche leggere notizie simili a questa che abbiamo raccolto da altre fonti di notizie.
AirAsia tawar diskaun tambang 50% penumpang MyAirline terjejasSyarikat AirAsia menawarkan diskaun tambang penerbangan secara eksklusif kepada penumpang MYAirline yang terjejas
Leggi di più »
AirAsia offers 50% discount to MYairline passengers affected by suspensionKUALA LUMPUR: AirAsia is offering a 50 per cent discount on one-way base fares exclusively to MYAirline passengers affected by the carrier’s suspensio...
Leggi di più »
AirAsia Steps Up With Offer For MYAirline Passengers Amidst Sudden SuspensionAirAsia offers support to passengers and employees affected by MYAirline service suspension.
Leggi di più »
Batik Air, AirAsia to rescue of stranded MYAirline passengersAirAsia also says it is willing to consider hiring MYAirline staff.
Leggi di più »
Batik Air, AirAsia ‘penyelamat’, tawar bantu penumpang MYAirlineAirAsia berkata syarikat itu juga sedia menawarkan pekerjaan kepada pekerja MYAirline yang terjejas.
Leggi di più »
AirAsia Hulur Bantuan Untuk Penumpang MYAirline Yang TerjejasPenumpang MYAirline yang terjejas boleh menebus diskaun tiket bagi tempahan penerbangan menggunakan AirAsia.
Leggi di più »