Juara tiga kali, New Zealand bangkit daripada kekalahan kepada Perancis dalam aksi pembukaan dengan membedil Namibia 71-3
Ini adalah kemenangan ke-50 buat All Blacks dalam kejohanan berprestij itu sejak muncul juara edisi pertama pada 1987.
Skuad kendalian Ian Foster tumbang 27-13 kepada tuan rumah, Perancis di Paris minggu lalu tetapi kelihatan amat bertenaga dalam aksi yang berlangsung di bawah hujan lebat di Toulouse hari ini. Namibia yang kalah 14-58 kepada All Blacks di London 2015, selain tumpas 9-71 di Tokyo, empat tahun lalu tidak pernah memenangi sebarang perlawanan sejak 1999.
Pasukan Afrika itu juga amat terjejas selepas kehilangan pemain tengah, Le Roux Malan yang disyaki retak kaki pada pertengahan separuh masa pertama, di mana perlawanan terpaksa dihentikan beberapa minit. Malan kelihatan tergelincir dalam cubaan mengatasi Beauden Barrett sebelum terpaksa dikeluarkan dan diberi tepukan gemuruh oleh penonton serta rakan-rakan pemain.The best of the action from #NZLvNAM#RWC2023 pic.twitter.com/nh6o71NNf1“Kami keluar dengan matlamat jelas, mahu mengukuhkan kedudukan dari awal permainan.“Ia membolehkan kami memilih rentak permainan yang kami mahukan selepas itu,” kata Foster.
Italia Ultime Notizie, Italia Notizie
Similar News:Puoi anche leggere notizie simili a questa che abbiamo raccolto da altre fonti di notizie.
All Blacks buat 'pembersihan’, tukar sembilan pemainMasih terluka dengan kekalahan 13-27 kepada tuan rumah, Perancis dalam aksi pembukaan, New Zealand bakal menukar
Leggi di più »
SK Taman Permas Jaya 3 juara Kolam MerdekaSK Taman Permas Jaya 3 juara Kolam Merdeka
Leggi di più »
AT Seberang Perai Utara 2 Juara Yakult Piala Global 2023PETALING JAYA: Akademi Tunas (AT) Seberang Prai Utara 2 muncul juara Kejohanan Bola Sepak Yakult Piala Global 2023
Leggi di più »
Pelajar berkeperluan khas pamer 'taring' di politeknik, kolej komunitiKOTA BHARU: Lebih 200 pelajar berkeperluan khas yang menyambung pengajian di politeknik dan kolej komuniti seluruh negara mempamerkan 'taring' dengan menunjukkan prestasi membanggakan dalam bidang akademik serta kokurikulum.
Leggi di più »