Skuad olahraga merangkul satu lagi pingat emas bahkan turut mencipta rekod Sukan Para Asia dalam acara 400 meter (m) T20
PETALING JAYA: , menerusi Muhammad Ammar Aiman Nor Azmi yang menamatkan larian dengan catatan masa 47.60 saat .
Atlet berusia 21 tahun itu menepati ramalan malah memecahkan rekod peribadi terbaiknya sebelum ini, 48.42s dalam Sukan Para ASEAN 2023, Jun lalu. Kejayaannya itu turut memperbaharui rekod temasya yang dipegang rakan senegara, Nasharudin Mohd. 49.32s dan rekod Asia yang dimiliki atlet Iran, Ramzani, 47.80s, sebelum ini.
Turut sama menyumbang pingat ialah Ahmad Fizzi Rosni yang meraih pingat gangsa dalam 400m kategori T36 , selepas meraih catatan masa 57.19s. – UTUSAN
Abbiamo riassunto questa notizia in modo che tu possa leggerla velocemente. Se sei interessato alla notizia puoi leggere il testo completo qui. Leggi di più: