TAWAU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menggagalkan cubaan 13 pendatang tanpa izin dipercayai warga Indonesia menyusup masuk ke negara i...
: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia menggagalkan cubaan 13 pendatang tanpa izin dipercayai warga Indonesia menyusup masuk ke negara ini apabila kesemua mereka ditahan di perairan Tawau kira-kira 1.2 batu nautika barat dari jeti pelabuhan di sini semalam.
Pengarah Zon Maritim Tawau Kepten Maritim Shahrizan Raman berkata pendatang tanpa izin terdiri daripada lelaki berusia antara 18 hingga 61 tahun itu ditahan pada 10.30 pagi selepas pihaknya mengesan sebuah bot bergerak laju dalam keadaan mencurigakan dari arah Pulau Sebatik ke Tawau “Pasukan APMM yang menjalankan tugas operasi mengejar bot berkenaan untuk tujuan pemeriksaan. Bagaimanapun, juragan bot bertindak terjun laut meninggalkan penumpang bot untuk melarikan diri.
Tindakan pantas anggota bertugas berjaya menangkap juragan berkenaan selain menahan 12 penumpang, dan didapati kesemua mereka tidak memiliki pengenalan diri yang sah dan masuk ke negara ini secara haram, kes disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63 ,“ katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. Shahrizan berkata, pihaknya giat memperhebat rondaan bagi membanteras kegiatan penyeludupan manusia itu dan komuniti maritim yang mempunyai maklumat mengenai kegiatan salah laku jenayah diharap dapat menyalurkan aduan dengan menghubungi talian Pusat Operasi Zon Maritim Tawau 089-752116 atau talian MERS 999.
Italia Ultime Notizie, Italia Notizie
Similar News:Puoi anche leggere notizie simili a questa che abbiamo raccolto da altre fonti di notizie.
13 pendatang menyusup Tawau ditahanPendatang tanpa izin terdiri lelaki berusia 18 hingga 61 tahun ditahan selepas APMM mengesan sebuah bot dalam keadaan mencurigakan dari arah Pulau Sebatik ke Tawau.
Leggi di più »
Agensi mesti tangkas atasi isu berasAnwar Ibrahim memberi amaran keras akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak-pihak yang sengaja memanipulasi atau menyorok beras.
Leggi di più »
Kes berkaitan kanak-kanak di Tawau sangat tinggi: AndiTAWAU: Kes-kes yang dilaporkan berkaitan kanak-kanak sangat tinggi di daerah Tawau, berdasarkan sumber data dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini, kata Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan, Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy.
Leggi di più »
Tawau MMEA foils undocumented boat skipper's dive to freedomKOTA KINABALU: A boat skipper who jumped into the sea off Tawau to avoid arrest had his escape bid thwarted when maritime enforcement officials dived in and caught him.
Leggi di più »
RUU lantikan tetap Sabah, Sarawak dalam LHDN dibentang di ParlimenPelantikan secara pentadbiran wakil kerajaan negeri Sabah dan Sarawak sebagai anggota lembaga dalam Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sejak tahun lalu diperkukuhkan dengan pelantikan keanggotaan tetap melalui penguatkuasaan undang-undang.
Leggi di più »
Hujan lebat diramal landa seluruh Thailand minggu iniAgensi kerajaan Thailand memberi amaran hujan lebat berterusan akan berlaku di seluruh negara, selain paras laluan air dijangka meningkat
Leggi di più »