Atma Kirana: Seni di sebalik pancaran LED

Italia Notizia Notizia

Atma Kirana: Seni di sebalik pancaran LED
Italia Ultime Notizie,Italia Notizie
  • 📰 UMonline
  • ⏱ Reading Time:
  • 47 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 22%
  • Publisher: 51%

Atma Kirana: Seni di sebalik pancaran LED

MENDENGAR nama Atma Kirana agak janggal dan banyak yang tertanya-tanya tentang maksud di sebalik karya seni ini.

Bagi pengkarya, Abdul Shakir, Atma Kirana secara asasnya koleksi visual ­digital yang dipersembahkan ­dengan ­memberi kesan ­animasi ­menerusi bentuk dan ­cahaya serta ­dipamerkan ­menerusi ­koreografi melibatkan 100 ­panel LED. “Ia kemudian dijadikan medium panel LED ­kelihatan ­sempurna, ­menghasilkan ­gabungan seni ­tradisional dan ­teknologi moden yang menawan,” katanya kepada Mingguan Malaysia baru-baru ini.

Dia memberitahu, Atma Kirana bermaksud jiwa yang cantik, perkataannya berasal daripada perkataan Melayu klasik. “Ia dapat dilakukan menerusi kerjasama teknikal bersama-sama Pixel World yang telah membantu untuk pemasangan truss dan juga HelioMedia untuk pemasangan dan sistem LED panel tersebut selain Balai Seni Negara yang membantu menyediakan semua peralatan dan juga keperluan untuk pameran karya ini,” terangnya.

Abbiamo riassunto questa notizia in modo che tu possa leggerla velocemente. Se sei interessato alla notizia puoi leggere il testo completo qui. Leggi di più:

UMonline /  🏆 27. in MY

Italia Ultime Notizie, Italia Notizie



Render Time: 2025-04-15 22:38:54