Ayai Illusi tak tunjuk kesakitan
PENYANYI, Zaharuddin Kamaruddin atau Ayai Illusi membuktikan usia bukan penghalang untuk terus memberikan persembahan yang terbaik lebih-lebih dalam penglibatannya menerusi program All Stars Gegar Vaganza .
Penyanyi kelahiran Johor Bahru ini sendiri tidak percaya dia mampu bangkit selepas diuji dengan empat penyakit kronik yang menyerang serentak beberapa tahun lalu. “Alhamdulillah, prestasi buah pinggang saya semakin baik begitu juga kesihatan saya. Saya bersyukur, ramai rakan menolong saya dan mendoakan, termasuk dari isteri dan anak-anak,” kongsinya.
“Tapi, dalam keadaan itu, saya tahu saya masih boleh menyanyi, berikan persembahan yang baik tanpa memperlihatkan kesakitan yang saya tanggung ketika itu,” jelasnya.AYAI memulakan kerjaya seni pada 1986 selepas menyertai Bintang RTM sebelum menyertai kumpulan Illusi pada 1988. Sampai sekarang Ayai merasa terhutang budi dengan kebaikan penyanyi legenda itu yang banyak membimbingnya sewaktu awal pembabitan dahulu.
“Album yang diberi judul Kerana itu diberikan kepada kumpulan Alleycats yang kemudiannya menjadi antara album kumpulan itu yang berjaya di pasaran.