Kota Kinabalu: Mahkamah Tinggi dalam perbicaraan 10 kakitangan penjara yang didakwa membunuh seorang banduan di Penjara Kepayan, pada Isnin diberitahu bahawa banduan itu telah mengalami insiden dengan seorang lelaki tidak dikenal pasti sebelum dia didapati tidak sedarkan diri di dalam sel pengasingan yang membawa kepada kematiannya.
Saksi ke-26 pendakwaan, ASP Riduan Abdollah, semasa pemeriksaan balas di hadapan Hakim Datuk Christopher Chin Soo Yin, bersetuju dengan peguam bela Hairul V. Othman bahawa profil DNA yang ditemui di dalam sel no 11, di Blok Gemilang, Penjara Kepayan menunjukkan terdapat satu insiden di mana mangsa bertembung dengan lelaki yang tidak dikenal pasti itu sebelum dia ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di sel berkenaan yang membawa kepada kematiannya.
Dibicarakan adalah Barry Jipmon, 30, Mohd Dzulfikri Mohd Safri, 28, Farizan Mokri, 40, Mohd Saiful Saidin, 34, Amran Yasik, 25, Ab Mutalib @ Talib Abd Rasul, 40, Zerry Maidin, 33, Tomy Momoh, 36, Shahryll Nazry Wan Sofian, 25, dan Muhammad Fazi Lakui, 32. Menjawab soalan peguam Dominic Chew, saksi itu bersetuju bahawa dia membuat siasatan berkaitan fakta bahawa Shainal kaku dan terdapat buih putih di mulutnya semasa berada di Blok A - 1, Kem Paradise pada 30 Sept 2019.
Riduan menjelaskan semasa pemeriksaan semula bagaimana dia mendapat tahu mengenai masalah kesihatan Shainal selepas menemu bual Dr Rahimah yang merawatnya di Hospital Kota Belud.
Italia Ultime Notizie, Italia Notizie
Similar News:Puoi anche leggere notizie simili a questa che abbiamo raccolto da altre fonti di notizie.
Kota Raya jadi Kota ManilaKini keadaan sebaliknya berlaku apabila Kompleks Kota Raya yang semakin dimamah usia menjadi kawasan tumpuan warga Filipina.
Leggi di più »
16,000 banduan layak jalani tahanan rumah, kata SaifuddinMenteri dalam negeri berkata tahanan rumah akan memberi kelonggaran kepada golongan tertentu, khasnya wanita hamil menjalani hukuman di luar penjara.
Leggi di più »
Pembelaan dakwa saksi dari BNM tidak relevanPeguam bela, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memaklumkan kepada mahkamah bahawa Penganalisis Bank Negara Malaysia (BNM), Adam Ariff Mohd.
Leggi di più »
Polis rakam keterangan empat saksi kes 3R ADUN JengkaPolis rakam keterangan empat saksi kes 3R ADUN Jengka
Leggi di più »
ST12 perlu minta izin sebelum bawa lagu saya – Charly Van HoutenST12 perlu minta izin sebelum bawa lagu saya - Charly Van Houten
Leggi di più »