Bekas penghantar makanan kekal dipenjara 8 tahun, 12 sebatan

Italia Notizia Notizia

Bekas penghantar makanan kekal dipenjara 8 tahun, 12 sebatan
Italia Ultime Notizie,Italia Notizie
  • 📰 UMonline
  • ⏱ Reading Time:
  • 69 sec. here
  • 3 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 31%
  • Publisher: 51%

KUALA LUMPUR: Seorang bekas penghantar makanan kekal menjalani hukuman penjara lapan tahun dan 10 sebatan selepas Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak rayuannya terhadap hukuman kerana memiliki dan memasukkan dadah ke dalam badannya, dua tahun lalu.

Hakim Datuk Azhar Abdul Hamid mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen yang mendapati Muhammad Al Hafiz Abu Bakar, 27, bersalah dan menjatuhkan hukuman penjara lapan tahun.

“Saya telah meneliti rekod rayuan serta alasan penghakiman hakim Mahkamah Sesyen. Saya dapati tiada sebarang kesilapan dari segi fakta dan undang-undang ketika beliau menjatuhkan hukuman terhadap perayu.Muhammad Al Hafiz diwakili peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan , Muhammad Sofian Jamaludin manakala Timbalan Pendakwa Raya Goh Ai Rene bertindak sebagai responden.

Pada 11 Januari lalu, Hakim Hamidah Mohamed Deril menjatuhkan hukuman penjara lapan tahun dan 10 sebatan selepas Muhammad Al Hafiz menukar pengakuan kepada bersalah pada prosiding sebutan kes itu. Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dipenjara 12 bulan bagi kesalahan mengambil dadah serta pengawasan Agensi Anti Dadah Kebangsaan selama dua tahun.Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa memiliki dadah jenis methamphetamine seberat 47.20 gram dan memasukkan dadah itu ke dalam badannya di tepi tangga Blok KP2, di Taman Kuchai Jaya di sini dan Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Brickfields, pada 8.30 malam dan 10 malam, 8 November 2021.

Pertuduhan mengikut Seksyen 12 Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman penjara seumur hidup atau tidak kurang daripada lima tahun dan minimum 10 sebatan dan Seksyen 15 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda RM5,000 dan pengawasan tidak melebihi tiga tahun. – UTUSAN

Abbiamo riassunto questa notizia in modo che tu possa leggerla velocemente. Se sei interessato alla notizia puoi leggere il testo completo qui. Leggi di più:

UMonline /  🏆 27. in MY

Italia Ultime Notizie, Italia Notizie

Similar News:Puoi anche leggere notizie simili a questa che abbiamo raccolto da altre fonti di notizie.

Gabenor Jeneral New Zealand lawat Kompleks Kraf Kuala LumpurGabenor Jeneral New Zealand lawat Kompleks Kraf Kuala LumpurKUALA LUMPUR: Gabenor Jeneral New Zealand Dame Cindy Kiro melawat Kompleks Kraf Kuala Lumpur, di Jalan Conlay di sini hari ini bersempena lawatan nega...
Leggi di più »

NEXEA organizes Entrepreneurs Summit on 17 Oct in Kuala Lumpur, targeting 1000 startup enthusiastsNEXEA organizes Entrepreneurs Summit on 17 Oct in Kuala Lumpur, targeting 1000 startup enthusiastsNEXEA is organizing its fourth Entrepreneurs Summit to inspire entrepreneurship and promote innovation, collaboration, and growth in Malaysia
Leggi di più »

– the ESMOD Kuala Lumpur Graduation Fashion Show 2023– the ESMOD Kuala Lumpur Graduation Fashion Show 2023Kuala Lumpur: The glitzy and glamorous highlight of the year, ESMOD Kuala Lumpur Graduation Fashion Show returned with the newest batch of soon-to-be graduates conquering the runway with their fashion masterpieces. Celebrating their graduation with a bang, the fashion show that took place on September 30, 2023 in Pavilion Bukit Jalil, witnessed the collections of 13 up-and-coming fashion designers who presented 65 pieces of exquisite creations.
Leggi di più »

Datuk Seri ditahan kemuka matan palsu bernilai RM60,000Datuk Seri ditahan kemuka matan palsu bernilai RM60,000Seorang bekas pengerusi sebuah koperasi bergelar Datuk Seri ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur kerana
Leggi di più »

Penjana Kerjaya: Ahli perniagaan, bekas pemilik syarikat masing-masing didenda RM180,000 dan RM50,000Penjana Kerjaya: Ahli perniagaan, bekas pemilik syarikat masing-masing didenda RM180,000 dan RM50,000KUALA LUMPUR: Seorang ahli perniagaan dan bekas pemilik syarikat perisian komputer masing-masing didenda RM180,000 dan RM50,000 selepas mengaku bersal...
Leggi di più »

SPRM tahan bekas pengerusi koperasi kemuka butir matan palsuSPRM tahan bekas pengerusi koperasi kemuka butir matan palsuKUALA LUMPUR: Seorang bekas pengerusi sebuah koperasi bergelar ‘datuk seri’ ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki ...
Leggi di più »



Render Time: 2025-04-02 11:32:52