'Penambahbaikan MM2H dijangka dapat meningkatkan aktiviti pelaburan dalam pasaran kewangan Malaysia dan industri hartanah negara.'
PETALING JAYA: Kerajaan komited untuk memperkenalkan inisiatif baharu di bawah Pelan Liberalisasi Visa Malaysia termasuk menambah baik kemudahan Visa-On-Arrival, pas lawatan sosial dan tawaran Multiple Entry Visa bagi menggalakkan kemasukan pelancong dan pelabur terutamanya dari negara India dan China.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan juga berhasrat memudah cara kelulusan Pas Penggajian bagi pelabur strategik dalam sektor utama dan memperkenalkan Pas Lawatan Sosial Jangka Panjang untuk pelajar antarabangsa yang telah tamat pengajian bagi menampung keperluan tenaga mahir industri.
Katanya, kerajaan juga telah bersetuju untuk melonggarkan syarat-syarat sedia ada bagi permohonan Malaysia My Second Home bagi meningkatkan kedatangan pelancong dan pelabur asing ke Malaysia. “Penambahbaikan MM2H dijangka dapat meningkatkan aktiviti pelaburan dalam pasaran kewangan Malaysia dan industri hartanah negara,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2024 Malaysia Madani di Dewan Rakyat di sini hari ini. – UTUSAN
Italia Ultime Notizie, Italia Notizie
Similar News:Puoi anche leggere notizie simili a questa che abbiamo raccolto da altre fonti di notizie.
Belanjawan 2024: Kerajaan Peruntuk Amaun Lebih RM8 Bilion Untuk Kerja Baik Pulih Jalan Di MalaysiaSelain itu, kerajaan juga memperuntukan RM100 juta bagi penyelenggaraan lampu jalan termasuk menggantikan kepada jenis LED yang dapat menjimatkan elektrik sehingga 60%.
Leggi di più »
Belanjawan 2024: Cukai keuntungan modal mulai 1 Mac 2024'Kerajaan juga akan terus memantau perkembangan cukai minimum global di peringkat antarabangsa,' katanya ketika membentangkan Belanjawan 2024
Leggi di più »
Belanjawan 2024: Kerajaan berhasrat rasionalisasi subsidi diesel bersasarKerajaan menanggung RM1.60 sen bagi setiap liter diesel atau sekitar RM1.5 bilion keseluruhannya.
Leggi di più »
Belanjawan 2024: Kerajaan sasar KDNK tumbuh 4 hingga 5 peratusYakin perkara itu dapat dicapai walaupun Bank Dunia mengunjurkan pertumbuhan Malaysia pada kadar 4.3 peratus tahun depan..
Leggi di più »
Belanjawan 2024: Kerajaan setuju kuat kuasa e-invois secara mandatoriBelanjawan 2024: Kerajaan setuju kuat kuasa e-invois secara mandatori
Leggi di più »
Belanjawan 2024: Kerajaan perketat kawalan penyeludupan rokok, minuman kerasKerajaan akan memperketat langkah kawalan penyeludupan daripada produk rokok tidak sah sehingga minuman keras bermula Januari 2024.
Leggi di più »