Daftar pemilih itu dibuka untuk semakan selama 30 hari bermula hari ini hingga 25 Okt 2023, menurut SPR.
Daftar pemilih tambahan Julai 2023 mengandungi 38,092 nama individu berusia 18 tahun dan ke atas dalam tempoh 1 Julai hingga 31 Julai yang didaftarkan secara automatik sebagai pemilih baharu.
Setiausaha SPR Ikmalrudin Ishak berkata, daftar pemilih tambahan tersebut mengandungi 38,092 nama warganegara yang berusia 18 tahun dan ke atas dalam tempoh 1 Julai 2023 hingga 31 Julai 2023 yang didaftarkan secara automatik sebagai pemilih baharu. “SPR menyeru kepada warganegara yang berumur 18 tahun dan ke atas dalam tempoh 1 Julai 2023 hingga 31 Julai 2023 dan mana-mana pemilih berdaftar yang telah memohon pertukaran bahagian pilihan raya atau pertukaran status untuk menyemak nama mereka,” katanya dalam kenyataan.
Semakan juga boleh dibuat melalui aplikasi dalam talian di pautan https://myspr.spr.gov.my; aplikasi mudah alih MySPR Semak; atau menerusi talian 03-88927218.