SEREMBAN: Dua daripada empat kakitangan perubatan awam direman enam hari bermula hari ini, kerana disyaki meminta dan menerima rasuah melibatkan jumla...
: Dua daripada empat kakitangan perubatan awam direman enam hari bermula hari ini, kerana disyaki meminta dan menerima rasuah melibatkan jumlah keseluruhan RM11,000 sebagai balasan menawarkan kerja pengurusan mayat bukan Islam di sebuah hospital, di sini sejak tahun lepas.
Perintah reman terhadap dua suspek tersebut, masing-masing lelaki berusia 35 dan 39 tahun itu, dikeluarkan Majistret Syed Farid Syed Ali selepas menerima permohonan pegawai pendakwa Zainab Yahya, di Mahkamah Majistret di sini hari ini.Bagaimanapun dua lagi suspek termasuk seorang wanita, dilepaskan dengan jaminan RM10,000 setiap seorang tanpa deposit dengan seorang penjamin atas faktor kesihatan, selepas keterangan mereka direkodkan.
Media semalam melaporkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Negeri Sembilan menahan empat kakitangan perubatan awam berusia antara 30 dan 50 tahun, kira-kira 4 petang hingga 7 malam di pejabat SPRM negeri itu, ketika diminta hadir memberi keterangan. Kesemua suspek itu bertugas di hospital yang sama, dipercayai menerima wang rasuah melibatkan 42 transaksi bank, daripada dua syarikat yang menawarkan perkhidmatan pengurusan mayat antara tahun 2022 hingga kini.
Pengarah SPRM Negeri Sembilan Awgkok Ahmad Taufik Putra Awg Ismail, mengesahkan tangkapan tersebut dan kes disiasat mengikut Seksyen 17 Akta SPRM 2009.
Italia Ultime Notizie, Italia Notizie
Similar News:Puoi anche leggere notizie simili a questa che abbiamo raccolto da altre fonti di notizie.
Nekad rempuh dua sekatan jalan raya, dua ditahan bersama syabuPolis berjaya menahan dua individu warga Indonesia masing-masing lelaki berusia 32 dan wanita berusia 21 tahun sekitar 12.20 tengah malam.
Leggi di più »
Seremban city council must pay company for revoking project approval, says courtHigh Court rules that the decision by the local authority and the mayor was tainted with ‘irrationality’ and was ‘unreasonable’.
Leggi di più »
Dua kenderaan jatuh di lereng bukit, pemandu kereta rentungDua kenderaan jatuh di lereng bukit, pemandu kereta rentung
Leggi di più »
Rasuah kerja pengurusan mayat: Dua kakitangan perubatan hospital diremanRasuah kerja pengurusan mayat: Dua kakitangan perubatan hospital direman
Leggi di più »
Dua lelaki ditahan disyaki terlibat insiden pergaduhan DIBWJOHOR BAHRU: Polis menahan dua lelaki tempatan dipercayai terlibat dalam insiden pergaduhan ketika acara Desaru International Bike Week (DIBW) 2023 di...
Leggi di più »