Elok guna istilah mangsa ketamakan manusia

Italia Notizia Notizia

Elok guna istilah mangsa ketamakan manusia
Italia Ultime Notizie,Italia Notizie
  • 📰 UMonline
  • ⏱ Reading Time:
  • 77 sec. here
  • 3 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 34%
  • Publisher: 51%

ISTILAH mangsa banjir dan mangsa bencana alam telah lama digunakan merujuk individu yang terjejas akibat kejadian banjir dan bencana alam.

ISTILAH mangsa banjir dan mangsa bencana alam telah lama digunakan untuk merujuk individu yang terjejas akibat kejadian banjir dan bencana alam. Bagaimanapun, semakin banyak bukti menunjukkan perkataanperkataan ini mungkin kurang sesuai dalam konteks moden. Ini disebabkan fakta yang semakin jelas bahawa banjir dan bencana alam tidak semata-mata disebabkan oleh unsur alam tetapi manusia yang telah merosakkan alam sekitar.

Alam tidak mempunyai niat jahat untuk menyebabkan banjir atau bencana alam. Alam itu sendiri adalah sebahagian daripada ekosistem yang berfungsi dengan seimbang sehingga manusia campur tangan. Oleh itu, adalah tidak adil dan kurang tepat untuk menyalahkan alam atau banjir kerana kejadian ini. Sebaliknya, kita perlu menumpukan perhatian kepada peranan manusia dalam memburukkan keadaan alam.

Istilah mangsa banjir dan mangsa bencana alam mungkin perlu dipertimbangkan semula. Sebagai alternatif, apabila berlaku banjir atau bencana alam, lebih sesuai jika merujuk kepada mereka yang terjejas sebagai mangsa ketamakan manusia atau mangsa kecuaian manusia atau menggunakan istilah lain lebih menitikberatkan sikap dan tindakan manusia yang menyumbang kepada kejadian tersebut.

Perlu diingat, kebanyakan bencana alam termasuk banjir, tanah runtuh dan pencemaran alam sebenarnya disebabkan oleh tindakan manusia seperti pembalakan haram, pembangunan tidak terkawal dan pencemaran alam. Oleh itu, penting agar kita menggunakan istilah yang mencerminkan tanggungjawab manusia dalam menjaga alam sekitar.

Dalam usaha mengubah kesedaran masyarakat dan memberikan tekanan kepada manusia untuk bertanggungjawab akibat tindakan mereka terhadap alam, kita perlu memilih perkataan dengan bijak. Istilah yang lebih tepat dan berfokus pada tindakan manusia akan membantu meningkatkan kesedaran akan impak negatif yang kita miliki terhadap alam sekitar serta mendorong perubahan perilaku lebih positif.-UTUSAN

Abbiamo riassunto questa notizia in modo che tu possa leggerla velocemente. Se sei interessato alla notizia puoi leggere il testo completo qui. Leggi di più:

UMonline /  🏆 27. in MY

Italia Ultime Notizie, Italia Notizie

Similar News:Puoi anche leggere notizie simili a questa che abbiamo raccolto da altre fonti di notizie.

Harimau Malaya mahu baham ‘tengkuk’ TajikistanHarimau Malaya mahu baham ‘tengkuk’ TajikistanSkuad Harimau Malaya tidak sabar untuk mengecewakan Tajikistan dan pengendali Harimau Malaya berjanji tiada istilah belas kasihan.
Leggi di più »

Tengkorak, rangka dua manusia ditemukan atas bumbung bangunanTengkorak, rangka dua manusia ditemukan atas bumbung bangunanPeniaga dan orang ramai di Jalan Kelab, Sitiawan, dekat sini, gempar apabila dua tengkorak dan tulang manusia dipercayai mangsa bunuh, ditemui di atas bumbung sebuah rumah kedai yang terletak di situ semalam.
Leggi di più »

Tukang kebun disyaki bunuh pengawal keselamatanTukang kebun disyaki bunuh pengawal keselamatanPolis berkata suspek disyaki membunuh mangsa kerana lelaki itu enggan membantu persiapan program sekolah.
Leggi di più »

Hafreez Adam hanya layan pertanyaan tentang kesihatan mental, elak jadi mangsa fitnahHafreez Adam hanya layan pertanyaan tentang kesihatan mental, elak jadi mangsa fitnahHafreez Adam hanya layan pertanyaan tentang kesihatan mental, elak jadi mangsa fitnah
Leggi di più »

2 lelaki hilang ketika tunda bot ditemui lemas2 lelaki hilang ketika tunda bot ditemui lemasMayat kedua-dua mangsa yang berusia 34 tahun itu ditemui 8.20 pagi tadi.
Leggi di più »

Lelaki hilang dipercayai dibaham buaya di Lahad DatuLelaki hilang dipercayai dibaham buaya di Lahad DatuKejadian berlaku ketika mangsa sedang memukat ikan di Sungai Silabukan.
Leggi di più »



Render Time: 2025-03-26 19:17:09