Tentera Filipina menggesa China menghentikan tindakan berbahaya dan tidak selamat di kawasan Laut China Selatan.
Gesaan itu dibuat selepas sebuah kapal tentera laut China cuba mengekori dan memintas kapal tentera laut milik Filipina yang menjalankan misi bekalan semula minggu lalu.
Menurut Ketua Angkatan Tentera Filipina, Romeo Brawner, sebuah kapal angkatan laut Tentera Pembebasan Rakyat China menghampiri sekitar jarak 320 meter ketika cuba menyeberang di hadapan kapal Filipina berhampiran pulau Thitu yang merupakan pos paling penting dan pusat strategik terbesar Manila di Laut China Selatan.
“Pergerakan berbahaya dan menyinggung oleh anggota PLA bukan sahaja berisiko mencetus perlanggaran tetapi juga secara langsung membahayakan nyawa anggota maritim dari kedua-dua pihak,” kata Brawner dalam satu kenyataan.Insiden tersebut merupakan provokasi terbaharu China dalam siri percubaannya untuk memantau dan menyekat misi pembekalan semula kakitangan Filipina di kawasan yang diduduki Manila di zon ekonomi eksklusif Filipina di Laut China Selatan.
China menuntut kedaulatan kepada hampir keseluruhan Laut China Selatan yang menyumbang lebih AS$3 trilion perdagangan di laluan berkenaan setiap tahun. Hubungan antara Manila dan Beijing semakin tegang sejak Presiden Filipina, Ferdinand Marcos meneruskan kerjasama lebih erat dengan Washington, termasuk meningkatkan akses Amerika Syarikat kepada lebih banyak pangkalan tentera Filipina.-REUTERS
Italia Ultime Notizie, Italia Notizie
Similar News:Puoi anche leggere notizie simili a questa che abbiamo raccolto da altre fonti di notizie.
Philippines denounces China for ‘offensive’ actions in South China SeaThis comes after a Chinese navy ship shadowed and attempted to cut off a Philippine navy vessel.
Leggi di più »
2 ditahan di Labuan disyaki dagang manusiaPasukan JSJ menyerbu sebuah pusat hiburan dan berjaya menyelamatkan lima wanita Filipina.
Leggi di più »
Mesir, Israel, AS setuju laksana gencatan senjata di selatan GazaMesir, Israel, AS setuju laksana gencatan senjata di selatan Gaza
Leggi di più »
BRI: Selatan Global dan Utara GlobalChina menyambut ulang tahun ke-10 Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), di mana Beijing dijangka mengesahkan semula peranan penting projek itu.
Leggi di più »
Netanyahu nafi gencatan senjata bakal dilakukan di selatan GazaNetanyahu nafi gencatan senjata bakal dilakukan di selatan Gaza
Leggi di più »
Ragbi Piala Dunia: Afrika Selatan singkirkan tuan rumah Perancis hanya dengan satu mataRagbi Piala Dunia: Afrika Selatan singkirkan tuan rumah Perancis hanya dengan satu mata
Leggi di più »