Pengguna, pengeluar dan peniaga menanti dengan penuh debaran pengumuman dijangka dibuat pada 30 Okt ini.
Semua berdebar-debar menunggu hari pelaksanaannya. Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Mohamad Sabu telah mengumumkan. Begitu juga semasa sesi soal jawab perdana menteri di Dewan Rakyat, perdana menteri turut menyatakan yang harga ayam dan telur akan diapungkan.Persoalan lebih utama bagi pengguna adalah apakah reaksi pasaran bila diapungkan? Apakah harga ayam akan menjadi lebih rendah atau lebih tinggi dari harga kawalan ketika ini iaitu RM9.
Ayam dan telur adalah makanan paling popular rakyat Malaysia. Ayam dan telur juga merupakan sumber protein termurah. Malaysia pula merupakan negara pengguna ayam tertinggi di Asia dan ketiga di dunia dengan penggunaan per kapita sebanyak 46.8kg setahun dan dijangka mencapai 50kg setahun menjelang 2025.
Subsidi sebanyak 80 sen sekilogram itu diberi kepada penternak ayam di peringkat ladang yang diuruskan oleh Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan. Harga ayam ditentukan di pelbagai peringkat terdiri penternak, pemborong/pembekal dan peruncit. Ayam pedaging dewasa akan dijual oleh penternak kepada pemborong/pembekal yang kemudian menjual kepada peruncit sebelum dibeli pengguna. Setiap peringkat itu mempunyai margin keuntungan munasabah.
Berdasarkan data antarabangsa, kedua-dua harga kacang soya dan jagung didapati menurun. Harga puncak soya direkodkan pada RM2,660 per tan metrik pada Februari 2023 dan kini menurun kepada RM2,290 per tan metrik pada Jun dan naik sedikit kepada RM2,400 per tan metrik pada September lalu. Di sinilah kerajaan harus menggunakan Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 bagi memastikan tiada elemen pencatutan yang memangsakan pengguna. Pemeriksaan kos dan harga di semua peringkat rantaian termasuk harga makanan ternakan bagi memastikan margin yang munasabah dibenarkan. Kerajaan juga harus menyiasat secara terperinci kewujudan kartel dalam industri ayam.
Italia Ultime Notizie, Italia Notizie
Similar News:Puoi anche leggere notizie simili a questa che abbiamo raccolto da altre fonti di notizie.
Indeks harga pengguna, langkah kurangkan air tidak terhasil dibincang di Parlimen hari iniKUALA LUMPUR: Penurunan berterusan indeks harga pengguna serta langkah mengurangkan air tidak terhasil antara yang akan dibincangkan pada persidangan ...
Leggi di più »
Indeks harga pengguna, langkah kurang air tak terhasil dibincang di Parlimen hari iniAntara Ahli Parlimen yang bertanyakan soalan termasuk Onn Abu Bakar (Batu Pahat), Ku Abd Rahman Ku Ismail (Kubang Pasu), dan Khairil Nizam Khirudin (Jerantut).
Leggi di più »
Dewan Rakyat: Harga makanan paling banyak mempengaruhi indeks pengguna, kadar inflasiSebanyak 29.5 peratus nilai bagi harga makanan, minuman bukan alkohol dicatatkan iaitu paling banyak mempengaruhi Indeks Harga
Leggi di più »
Telegram Terpaksa Sekat Saluran Komunikasi Pejuang Hamas Untuk Pengguna Android, Dakwa Didesak GoogleSekatan itu difahamkan berlaku kepada pengguna Android kerana dikaitkan dengan undang-undang serta peraturan yang ditetapkan di dalam Google Play.
Leggi di più »
5 Produk Kosmetik Dikesan Ada Racun BerjadualSetiap produk kosmetik yang dikesan mempunyai racun berjadual berisiko memberi kesan buruk terhadap kesihatan pengguna.
Leggi di più »
B40, M40 diberi bantuan tunai apabila harga ayam, telur ikut pasaran'Syarikat boleh berjalan dengan baik dan tidak ditutup, kerajaan boleh mendapatkan cukai hasil daripada keuntungan syarikat disebabkan...
Leggi di più »