TELUK INTAN: Seorang pemborong beras di sini mendakwa kemungkinan harga beras import akan naik bulan depan antaranya akibat kejatuhan nilai ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS$).
Lim Hong Ong mendakwa, sudah ada cadangan oleh syarikat pengeluar beras untuk menaikkan harga beras import dijangka bulan depan.“Beras import terus menguasai pasaran di kedai di daerah ini ketika beras tempatan terus sukar diperoleh,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.
Katanya, harga beras tempatan bagi kampit lima kilogram pada harga RM13 manakala kampit 10kg adalah RM26. Bagi beras import pula, kampit 5kg berharga RM18 hingga RM19 manakala kampit 10kg berharga antara RM36 hingga RM38. “Harga beras tempatan kekal kerana ia harga subsidi. Berdasarkan perbandingan harga beras tempatan dan import, memang berbeza,” katanya.
Jelasnya, harga beras tempatan wajar diselaraskan bagi mengatasi kekurangan beras di pasaran ketika ini. Katanya, keuntungan yang terlalu sedikit boleh menyebabkan segelintir peniaga beras, pemborong dan juga peniaga runcit mengurangkan jualan beras tempatan.“Justeru saya berpendapat penyelarasan harga beras tempatan merupakan penyelesaian kepada masalah kekurangan beras tempatan yang berlaku ketika ini menyebabkan ia sukar didapati di pasaran,” katanya. – UTUSAN
Italia Ultime Notizie, Italia Notizie
Similar News:Puoi anche leggere notizie simili a questa che abbiamo raccolto da altre fonti di notizie.
Kempen bandar Teluk Intan bebas sampah'Beberapa perbincangan sudah diadakan dengan YDP MPTI mengenai usaha untuk menjadikan Teluk Intan bebas sampah haram.
Leggi di più »
Ramai Mengeluh, Kenaikan Harga Beras Beri Kesan Kepada PenggunaSeorang pengguna yang dikenali sebagai Rohani Omar mendakwa dia terpaksa mencatu makanan ekoran daripada kenaikan harga beras ini.
Leggi di più »
Kerajaan setuju ‘diskaun’ beras import kepada peniagaBahagian Kawalselia Padi dan Beras berkata langkah itu menjadikan belian beras import pada harga RM160 untuk 50kg atau ‘harga pintu gudang’.
Leggi di più »
Letak pistol di kepala pun saya tak akan beritahu harga bayaranLetak pistol di kepala pun saya tak akan beritahu harga bayaran - Wan Hanafi Su
Leggi di più »
Restoran nasi kandar kekalkan harga nasi putihPeminat nasi kandar di negeri ini boleh menarik nafas lega memandangkan harga sepinggan nasi putih masih dikekalkan oleh para pemilik restoran berkenaan.
Leggi di più »
2 maut kebakaran 8 rumah kedai di Sungai PetaniBomba percaya seorang lagi mangsa terlibat dalam kejadian kebakaran lapan unit rumah kedai awal pagi tadi.
Leggi di più »