Harga beras terus mahal, rakyat Indonesia kurangkan makan nasi
JAKARTA: Indonesia mengalami lonjakan harga beras mencecah rekod tertinggi pada bulan ini, dengan gerai makanan dan orang ramai terpaksa mengurangkan hidangan nasi dan membeli beras yang lebih murah.
Kenaikan harga beras berpunca daripada cuaca kering akibat fenomena cuaca El Nino yang mengakibatkan sawah padi kering kontang sejak tiga bulan lalu di negara terbabit. Seorang aktivis di Kesatuan Peladang Indonesia, Angga Hermanda memberitahu akhbar Straits Times bahawa beberapa wilayah dengan sistem pengairan yang lemah termasuk sebahagian wilayah Banten di Jawa terjejas akibat cuaca kering melampau, mengakibatkan penurunan pengeluaran padi.
Sementara itu, firma sekuriti, Bahana Sekuritas, dalam nota penyelidikannya, memaklumkan kenaikan harga beras sejak kebelakangan ini membimbangkan.