Henti berlumba turun cukai korporat

Italia Notizia Notizia

Henti berlumba turun cukai korporat
Italia Ultime Notizie,Italia Notizie
  • 📰 UMonline
  • ⏱ Reading Time:
  • 41 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 20%
  • Publisher: 51%

Pengurangan pendapatan Kerajaan Persekutuan ialah pengurangan kadar cukai korporat di Malaysia yang kepada 24% sekarang.

SETIAP kali dikemukakan syor kepada kerajaan untuk memperkukuhkan jaringan keselamatan sosial ataupun melaksanakan program untuk memulihkan alam sekitar, jawapan yang diberikan adalah cadangan itu terpaksa ditangguh kerana Malaysia menghadapi defisit belanjawan sebanyak RM100 bilion setahun dan hutang negara sudah mencecah RM1 trilion.

Salah satu sebabnya pengurangan pendapatan Kerajaan Persekutuan ialah pengurangan kadar cukai korporat di Malaysia yang telah diturunkan daripada 40% pada 1986 kepada 24% sekarang. Ini berlaku kerana wujud perlumbaan untuk menurunkan cukai korporat oleh negara-negara ASEAN bagi menarik pelaburan langsung asing .

Bagi menangani isu ini adalah disyorkan supaya diadakan perundingan serantau dengan negara Thailand, Indonesia, Filipina dan Vietnam untuk menghentikan perlumbaan untuk menurunkan kadar cukai korporat. Empat negara ini menjadi pesaing utama bagi Malaysia untuk FDI. Thailand, Indonesia, Filipina dan Vietnam juga menghadapi masalah defisit belanjawan seperti Malaysia dan memerlukan dana untuk melaksanakan program-program memperkukuhkan jaringan keselamatan sosial di negara mereka.

Abbiamo riassunto questa notizia in modo che tu possa leggerla velocemente. Se sei interessato alla notizia puoi leggere il testo completo qui. Leggi di più:

UMonline /  🏆 27. in MY

Italia Ultime Notizie, Italia Notizie



Render Time: 2025-03-23 21:39:21