Rangka manusia dipercayai warga asing ditemukan
PETALING JAYA: Satu rangka manusia dipercayai warga asing ditemukan kawasan belukar berhampiran sub stesen Tren Aliran Transit Ringan Putra Height dekat sini semalam.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, rangka berkenaan ditemukan selepas pekerja berkenaan selesai menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan sistem LRT di stesen tersebut. “Pemeriksaan lanjut di bahagian seluar telah menemukan dompet milik individu berkenaan yang diletakkan di dalam poket hadapan seluar,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.Jelas beliau, identiti mangsa dikenal pasti sebagai Riki Mandaguna berumur 40 tahun berasal dari Kota Samarinda, Kisaran, Indonesia.
Human Skeleton Putra Height LRT Station Crime