Sering berhubungan dengan warga seberang tambak dan manfaat ekonomi dikatakan menjadi orang Johor ‘kurang curiga’ dengan masyarakat lain.
Penganalisis berkata, masyarakat Melayu Johor mempunyai pemikiran berbeza berbanding negeri lain.
James Chin dari University of Tasmania, berkata sering berhubungan dengan warga Singapura dan keperluan hidup bersama demi manfaat ekonomi menjadikan mereka “kurang curiga” kepada masyarakat lain, berbanding orang Melayu di negeri berlainan. Azmi Hassan dari Akademi Nusantara pula merujuk kemenangan PH di Simpang Jeram dengan margin selesa walaupun dalam kawasan terdiri majoriti pengundi Melayu.“Ini menunjukkan cara fikir orang Melayu di Johor cukup berbeza berbanding negeri lain. Kemenangan berpihak walaupun penggunaan kaum dan agama yang kuat oleh Perikatan Nasional yang menunjukkan retorik seperti itu tidak berkesan di Johor,” katanya.
Katanya, terlalu luas ketidaktentuan sama ada mereka dipilih semula jika bertanding pada PRK di bawah tiket parti lain.