Jawatan menteri KPDN: Jangan buat spekulasi, kita tunggu sahaja

Italia Notizia Notizia

Jawatan menteri KPDN: Jangan buat spekulasi, kita tunggu sahaja
Italia Ultime Notizie,Italia Notizie
  • 📰 UMonline
  • ⏱ Reading Time:
  • 54 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 25%
  • Publisher: 51%

Jawatan menteri KPDN itu kosong dan perlu diisi, apatah lagi kita akan ada pembentangan Bajet 2024 serta persiapan pelaksanaan tahun hadapan

PUTRAJAYA: Pemangku Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup , Datuk Armizan Mohd Ali meminta semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi berhubung pengisian portfolio yang dipangkunya ketika ini kerana ia hak prerogatif Perdana Menteri untuk memutuskannya.

Beliau yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, pengisian portfolio itu perlu menerima perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, sekiranya Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah mengenal pasti calon yang layak untuk mengisi kekosongan jawatan tersebut.

“Jawatan menteri KPDN itu kosong dan ia perlu diisi, apatah lagi kita akan ada pembentangan Bajet 2024 serta persiapan untuk pelaksanaan tahun hadapan. “Kalau kita buat spekulasi dan bercakap lebih banyak , lagi lambat Perdana Menteri isi ini, jadi kita tunggu sahaja,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Penyerahan Sijil Kelulusan Pendaftaran Francais dan Lesen Jualan Langsung di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung kekosongan jawatan itu hampir dua bulan selepas kematian Datuk Seri Salahuddin Ayub pada 23 Julai.Sebelum ini, Anwar berkata, kekosongan jawatan menteri KPDN akan diisi secepat mungkin dan sesiapa yang mempunyai cadangan bagi mengisi jawatan terbabit, boleh menulis surat kepadanya. –UTUSAN

Abbiamo riassunto questa notizia in modo che tu possa leggerla velocemente. Se sei interessato alla notizia puoi leggere il testo completo qui. Leggi di più:

UMonline /  🏆 27. in MY

Italia Ultime Notizie, Italia Notizie

Similar News:Puoi anche leggere notizie simili a questa che abbiamo raccolto da altre fonti di notizie.

‘Jangan buat spekulasi’, kata Armizan berkait menteri KPDN‘Jangan buat spekulasi’, kata Armizan berkait menteri KPDNArmizan Mohd Ali berkata segala keputusan terserah kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim walaupun mengakui ada keperluan jawatan menteri KPDN perlu dibuat segera.
Leggi di più »

Kelantan KPDN seizes fake branded handbags worth RM33,314Kelantan KPDN seizes fake branded handbags worth RM33,314KOTA BHARU: Ministry of Domestic Trade and Cost of Living (KPDN) Kelantan branch has seized 829 units of fake branded handbags, with an estimated valu...
Leggi di più »

KPDN Kelantan sita beg berjenama tiruan bernilai RM33,314KPDN Kelantan sita beg berjenama tiruan bernilai RM33,314KOTA BHARU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan menyita 829 unit beg tangan wanita pelbagai jenama terkenal disyak...
Leggi di più »

KPDN siasat dakwaan beras plastikKPDN siasat dakwaan beras plastikPemangku Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Armizan Mohd Ali berkata anggota penguat kuasa sudah diarahkan menjalankan siasatan.
Leggi di più »

KPDN siasat dakwaan beras palsu di SandakanKPDN siasat dakwaan beras palsu di SandakanKota Kinabalu: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sedang menjalankan siasatan terperinci berhubung dakwaan beras palsu di Sandakan baru-baru ini.
Leggi di più »

KPDN investigating claims of artificial rice sold in SandakanKPDN investigating claims of artificial rice sold in SandakanKOTA KINABALU: The Ministry of Domestic Trade and Cost of Living (KPDN) is conducting a detailed investigation regarding allegations of artificial ric...
Leggi di più »



Render Time: 2025-04-19 10:56:37