Jurujual maut motosikal ditunggangi terlibat kemalangan dua kereta
MARANG: Seorang jurujual wanita maut setelah motosikal ditungganginya terlibat kemalangan dengan dua buah kereta di Kilometer 13 Jalan Kuala Terengganu – Kuala Berang dekat pekan Bukit Payong, di sini, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintenden Mohd. Zain Mat Dris berkata, kemalangan melibatkan Yamaha Ego Solariz ditunggang mangsa dengan sebuah Perodua Kelisa serta Perodua Viva. “Siasatan awal mendapati kejadian terjadi ketika Perodua Kelisa dipandu seorang pelajar lelaki berusia 24 tahun menghala ke Kuala Terengganu dipercayai meneruskan perjalanan sewaktu lampu isyarat berwarna kuning.
“Akibat dari pelanggaran itu, mangsa tercampak di hadapan Perodua Viva dipandu seorang lelaki berusia 36 tahun yang sedang berhenti menunggu lampu isyarat menghala ke arah Kuala Berang” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.