Kakak maut, adik cedera parah dalam nahas dua buah kenderaan
REMBAU: Seorang wanita maut manakala adik lelakinya cedera parah selepas mereka terbabit dalam kemalangan dua buah kenderaan di Kilometer 18, Jalan Seremban Tampin, di sini, kira-kira pukul 1.30 tengah hari tadi.
Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintenden Hazri Mohamad berkata, kedua-dua mangsa beralamat di Kuala Klawang Jelebu. “Adiknya yang turut mengalami kecederaan menerima rawatan lanjut di Zon Kuning, Hospital Rembau manakala, pemandu kereta jenis Perodua Myvi iaitu lelaki berusia 26 tahun beralamat di Taman Pedas Indah pula mengalami kecederaan patah kaki.
Abbiamo riassunto questa notizia in modo che tu possa leggerla velocemente. Se sei interessato alla notizia puoi leggere il testo completo qui. Leggi di più: