Kapal perang Kanada tiba di pangkalan TLDM Kota Kinabalu

Italia Notizia Notizia

Kapal perang Kanada tiba di pangkalan TLDM Kota Kinabalu
Italia Ultime Notizie,Italia Notizie
  • 📰 DailyExpress_MY
  • ⏱ Reading Time:
  • 45 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 21%
  • Publisher: 83%

Kota Kinabalu: Kapal perang Tentera Laut Diraja Kanada (RCN), HMCS Ottawa tiba di pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Teluk Sepanggar, di sini pada Rabu.

Pesuruhjaya Tinggi Kanada ke Malaysia Wayne Robson berkata ketibaan HMCS Ottawa itu merupakan lawatan julung kali kapal RCN ke Malaysia Timur sekali gus mengukuhkan lagi kerjasama pertahanan antara kedua-dua negara yang telah terjalin sekian lama.Beliau berkata Kanada dan Malaysia baru meraikan ulang tahun ke-65 hubungan diplomatik rasmi pada tahun lepas dan kedua-dua negara sememangnya memiliki jalinan hubungan pertahanan dan keselamatan yang teguh.

Robson berkata sejak penugasan pada Ogos lepas, HMCS Ottawa telah melawat Jepun, Filipina dan Thailand sebelum tiba di Malaysia, dan kapal tersebut akan berada di rantau ini hingga November ini sebelum kembali ke pangkalannya pada Disember. “Ini adalah kapal RCN ketiga melawat Malaysia dalam tempoh tujuh tahun. Sebelum ini lawatan oleh HMCS Winnipeg pada Januari 2016 dan September 2022, menunjukkan komitmen berterusan Kanada terhadap keamanan dan keselamatan di Indo-Pasifik.

Robson juga berharap lawatan itu akan mengukuhkan lagi persahabatan Kanada dan Malaysia dalam pelbagai aspek. “Tugasan ini akan membawa kami ke seluruh rantau ini, membina hubungan dengan negara sahabat yang percaya kepada Indo-Pasifik yang bebas dan terbuka. Kami akan menjalankan latihan dan berkerjasama dengan tentera laut yang berbeza bagi meningkatkan keamanan dan keselamatan,” katanya.

Abbiamo riassunto questa notizia in modo che tu possa leggerla velocemente. Se sei interessato alla notizia puoi leggere il testo completo qui. Leggi di più:

DailyExpress_MY /  🏆 3. in MY

Italia Ultime Notizie, Italia Notizie



Render Time: 2025-03-31 09:53:57