SEREMBAN: Jabatan Kastam Diraja Malaysia Negeri Sembilan mematahkan kegiatan penyeludupan rokok putih dari China dan menyita sejumlah 11,750 karton pr...
: Jabatan Kastam Diraja Malaysia Negeri Sembilan mematahkan kegiatan penyeludupan rokok putih dari China dan menyita sejumlah 11,750 karton produk itu yang melibatkan anggaran cukai hampir RM1.57 juta di kawasan Gebeng, Pahang, awal bulan ini.
Pengarah Kastam negeri Mohammad Hafiz Ishak berkata bertindak atas maklumat, pihaknya menahan seorang pemandu lori berusia lingkungan 40-an yang dalam perjalanan dari pantai timur ke Lembah Klang. “Rokok ini mendapat permintaan tinggi dalam pasaran tempatan dan pembelinya adalah warga China yang bekerja di negara ini. Rokok tersebut dijual pada harga murah,“ katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata pasukannya juga berhasil mematahkan kegiatan penyeludupan bir pelbagai jenama melibatkan anggaran cukai RM125,549 di sebuah gudang di Nilai serta menahan empat individu terdiri daripada tiga warga tempatan dan seorang warga Myanmar berusia dalam lingkungan 40 hingga 50 tahun. Katanya hasil pemeriksaan mendapati rokok dan bir terbabit adalah produk belum lulus Kastam dan Barangan Larangan Import Di Bawah Butiran 3, Bahagian II, Jadual Ketiga Perintah Kastam 2023.Bernama
Italia Ultime Notizie, Italia Notizie
Similar News:Puoi anche leggere notizie simili a questa che abbiamo raccolto da altre fonti di notizie.
Kastam Kelantan rampas rokok seludup RM1.45 jutaRampasan itu dilakukan dalam serbuan di Taman Wira Perdana di Gua Musang 17 Sept lalu.
Leggi di più »
Kastam patahkan cubaan seludup rokok untuk pekerja dari ChinaKastam patahkan cubaan seludup rokok untuk pekerja dari China
Leggi di più »
Polis tahan lelaki Indonesia, rampas dadah lebih RM1.9 jutaKUALA SELANGOR: Polis menahan seorang lelaki warga Indonesia dan merampas 60.3 kilogram (kg) dadah dipercayai jenis syabu dan ekstasi bernilai lebih R...
Leggi di più »
Cops nab Indonesian man, seize drugs worth over RM1.9mKUALA SELANGOR: Police arrested an Indonesian man and seized 60.3 kilogramme (kg) of drugs believed to be syabu and esctasy worth over RM1.9 million d...
Leggi di più »
Indonesian with drugs worth RM1.9m detained in Sungai BulohPolice believe he was waiting at a jetty to transport the syabu and ecstasy to Indonesia.
Leggi di più »
Gagal seludup dadah RM1.9 juta dari jeti nelayan ke IndonesiaPolis berkata suspek yang positif methamphetamine dipercayai masuk ke Malaysia 13 Sept lalu menggunakan pas pelancong.
Leggi di più »