Kota Kinabalu: Kerajaan negeri komited untuk bersama-sama dengan kerajaan persekutuan dalam membanteras jenayah siber, terutamanya jenayah kewangan dan scam yang masih mencatat peningkatan ketara di Sabah.
Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, berdasarkan statistik Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah, jumlah kes jenayah siber yang berlaku di Sabah menunjukkan tren peningkatan dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini.
Teks ucapan beliau disampaikan oleh Timbalan Ketua Menteri III yang juga Menteri Kerja Raya Datuk lr Shahelmey Yahya.Menurutnya, kes jenayah siber dan kesalahan di bawah Akta Jenayah Komputer di Sabah telah menyebabkan mangsa mengalami kerugian berjumlah RM24,885,763.50 pada 2020, manakala bagi 2021 pula mencatat kerugian RM25,427,844.42 dan RM21,749,610.61 pada 2022.
Dedah Hajiji, pihak perbankan, penguatkuasa undang-undang dan agensi keselamatan perlu terus bekerjasama untuk menangani isu tersebut dengan melaksanakan undang-undang polisi dan peraturan baharu yang lebih efektif, kerjasama di peringkat antarabangsa untuk menjalin hubungan bagi perkongsian maklumat, serta melabur dalam teknologi baharu untuk mengesan dan mencegah teknik-teknik penipuan dalam talian dengan segera dan berkesan.
“Setiap hari ada sahaja rakyat kita menjadi mangsa tipu helah scammer. Jenayah scam muncul bagaikan cendawan, sehingga ada yang menyamar sebagai anggota polis, pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri , kakitangan mahkamah, pegawai Jabatan Kastam, pegawai bank dan pelbagai cara lagi untuk memperdaya mangsa,” jelasnya.
Italia Ultime Notizie, Italia Notizie
Similar News:Puoi anche leggere notizie simili a questa che abbiamo raccolto da altre fonti di notizie.
Kota Kinabalu’s street art project cleans up Kampung Air’s dirty reputationKOTA KINABALU, Oct 29 — In the state capital, the mention of Kampung Air brings about a wrinkling of the nose, raised eyebrows and knowing...
Leggi di più »
MB Perlis akui kelemahan pentadbiran, namun ‘semakin baik’Mohd Shukri Ramli mengakui terdapat Adun PN Perlis yang terus-menerus mengkritik pentadbiran kerajaan negeri.
Leggi di più »
KKJA presents donation to members’s widowKota Kinabalu: Kota Kinabalu Journalists Association (KKJA) Chairman Jimmy Goh presented donations to widow Jeanie Jeanifer Jikomin whose husband Jesper John Tambanan passed away on Oct 21.
Leggi di più »
MRSM Tertinggi Di Malaysia Siap Dibina, Boleh Belajar Sambil Tengok View Gunung KinabaluMRSM Ranau ini merupakan projek kerjasama antara Kerajaan Negeri, Petronas dan Majlis Amanah Rakyat (MARA) dengan keluasan tapak tanah sebesar 30 ekar.
Leggi di più »
Sabah kekalkan pilihan bahasa Inggeris untuk surat rasmiKota Kinabalu: Kerajaan Sabah mengekalkan penggunaan pilihan bahasa Inggeris untuk surat rasmi sehingga dibincangkan lebih lanjut oleh Kabinet.
Leggi di più »
Daily Express wins coveted main journalism award 4th consecutive timeKota Kinabalu: Daily Express won the main journalism prize at the 2024 Kinabalu Shell Press awards for the fourth consecutive year on Saturday night.
Leggi di più »