'Pembangunan sektor kewangan Islam di negara ini bermula sebagai produk alternatif kepada sistem kewangan konvensional yang tertakluk...
KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memperkasa sektor perbankan, takaful dan pasaran modal Islam bagi mengukuhkan kedudukan negara sebagai pusat kewangan Islam global.
Menurut beliau, ini berdasarkan prinsip yang pernah diungkap oleh Imam al-Shatibi dalam al-Muwafaqat sebagai “al-nazar ilal ma’al,” atau menjangka akibat daripada dasar, produk, aset dan perkhidmatan. “Pendekatan ini bagaimanapun telah membataskan pencapaian hasrat Maqasid Syariah kerana penekanan yang diberi sebatas prinsip penolakan riba, tanpa melihat objektif ekonomi Islam yang lebih menyeluruh, termasuk penegakan prinsip keadilan dan penyertaan rakyat yang lebih meluas,” katanya semasa membentangkan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 di Dewan Rakyat hari ini.
Menurut beliau, persidangan itu bagi mencerakinkan permasalahan yang ada dalam usaha Malaysia mempelopori peningkatan amalan sistem kewangan Islam yang menyeluruh.