Ucapan Baginda MKI Ke-70 tentang isu kompetensi DUN untuk menggubal undang-undang Islam di bawah enakmen negeri serta bidang kuasa mahkamah syariah.
SAYA hanya akan memberi pandangan mengenai satu isu yang dibangkitkan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam titah ucapan Baginda di Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Ke-70, iaitu tentang isu kompetensi Dewan Undangan Negeri untuk menggubal undang-undang Islam di bawah enakmen negeri serta bidang kuasa mahkamah syariah.
Sebenarnya Baginda tidak mempersoalkan kesahan penghakiman-penghakiman itu di sisi undang-undang dan Perlembagaan. Baginda menerimanya sebagai kenyataan, tetapi mahu mencari jalan untuk membolehkan kuasa yang lebih luas diberi kepada DUN di dalam menggubal peruntukan berkaitan dengan kesalahan jenayah Syariah bagi orang Islam.
Dalam kes Iki Putra Mubarak 3 CLJ 465, Pemohon mencabar seksyen 28 Enakmen Kesalahan-Kesalahan Jenayah Syariah 1995 atas alasan DUN Selangor tidak mempunyai kuasa mengadakan kesalahan itu kerana ia melanggar peruntukan Perlembagaan dan, oleh itu, tidak sah dan batal.
Satu perkara perlu disebut terlebih dahulu. Saya berpendapat adalah lebih baik jika penulis titah ucapan Baginda tidak memasukkan kebimbangan Baginda mengenai keputusan mahkamah dalam permohonan Nik Elin Nik Abdul Rashid kerana kes itu masih dalam perbicaraan. Kebimbangan Baginda itu boleh dijadikan hujah yang kuat bahawa ia bukan sahaja boleh mempengaruhi mahkamah, malah memberi tekanan kepada mahkamah untuk menolak permohonan itu.
Oleh sebab Mahkamah Persekutuan berpendapat subject-matter undang-undang berkenaan dalam kes Sis Forum dan Iki Putra Mubarak berada di luar apa yang dibenarkan itu atau bercanggah dengan larangan yang dinyatakan, maka mahkamah telah mengisytiharkan undang-undang itu tidak sah. Tambahan lagi, kuasa mengenai keanggotaan, susunan dan tatacara mahkamah syariah adalah terhad kepada “yang hendaklah mempunyai bidang kuasa hanya ke atas orang yang menganut agama Islam dan hanya berkenaan dengan mana-mana perkara yang termasuk dalam perenggan ini”.
Itu adalah hakikatnya di Malaysia. Saya tidak katakan ia tidak boleh diubah. Sekatan-sekatan di Malaysia itu adalah sekatan oleh Perlembagaan dan undang-undang Persekutuan. Kedua-duanya boleh dipinda jika kerajaan mempunyai majoriti dua pertiga, mempunyai kemahuan politik dan mendapat sokongan Raja-Raja.
Maka, jika difikirkan kuasa lebih luas perlu diberi kapada DUN, maka cadangan Baginda itu adalah cara yang betul untuk menanganinya: lantik jawatankuasa khas yang terdiri daripada orang-orang yang ahli dalam bidang-bidang berkenaan; beritahu mereka apa yang tidak puas hati dan apa yang dikehendaki; biar mereka mengkaji dan mengemukakan cadangan mereka.
Soalan sama ada betul atau tidaknya sesuatu fatwa mengikut hukum syarak tidak dibangkitkan dalam kes Sis Forum , malah ia tidak boleh dijadikan alasan semakan kehakiman. Isu itu terletak di luar skop semakan kehakiman. Lagi pula, isu hukum syarak yang terletak di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah. Jika isu itu berbangkit dalam sesuatu kes di Mahkamah Syariah, ia bolehlah memutuskannya. Mahkamah Keadilan tidak akan campur tangan dalam hal itu.
Italia Ultime Notizie, Italia Notizie
Similar News:Puoi anche leggere notizie simili a questa che abbiamo raccolto da altre fonti di notizie.
Bahrain and Malaysia: Celebrating bilateral relations on Malaysia’s National DayKUALA LUMPUR: As Bahrain and Malaysia celebrate the 50th anniversary of their diplomatic ties next year, it is an opportunity to reflect on the achiev...
Leggi di più »
Mohd. Amar dilantik Speaker DUN KelantanKOTA BHARU: Bekas Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah secara rasmi dilantik sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan pada penggal ke-15 berkuatkuasa hari ini.
Leggi di più »
Ridzuan ketua pembangkang DUN Negeri Sembilan?Ketua pembangkang bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan akan dilantik daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parti Pribumi
Leggi di più »
LIMA SOALAN: ADUN Galas sedia jadi Ketua Pembangkang DUN KelantanTIMBALAN Ketua UMNO Bahagian Gua Musang, Mohd. Syahuddin Hashim menjadi satu-satunya wakil Barisan Nasional (BN) yang menang dalam Pilihan
Leggi di più »
Bekas timbalan MB, Amar dilantik Speaker DUN KelantanMohd Amar Nik Abdullah yang juga Adun Panchor mengangkat sumpah di DUN Kelantan hari ini.
Leggi di più »
DUN Kelantan lantik Nik Abduh sebagai Ahli Dewan NegaraPelantikan itu mendapat persetujuan secara majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kelantan sebaik Speaker Datuk Mohd. Amar...
Leggi di più »