“Maka, Ekonomi Madani melalui KSP RMK12 antaranya akan menilai semula pendekatan untuk mengukur tahap penyertaan dan kawalan ekonomi...
KUALA LUMPUR: Kongres Ekonomi Bumiputera akan diadakan pada Januari 2024 bagi menetapkan hala tuju dan pendekatan baharu agenda bumiputera yang lebih adil, saksama dan inklusif.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, semua perancangan dalam agenda pemerkasaan bumiputera sebelum ini hanya memusatkan kayu ukur penyertaan kumpulan dalam ekonomi berdasarkan pemilikan ekuiti semata-mata.“Maka, Ekonomi Madani melalui KSP RMK12 antaranya akan menilai semula pendekatan untuk mengukur tahap penyertaan dan kawalan ekonomi bumiputera yang lebih bermakna,” katanya ketika pembentangan Kajian Separuh Rancangan Malaysia Ke-12 di Dewan Rakyat di sini hari ini.
Menurut Anwar, usaha terbaharu itu bermakna bagi memperkasa bumiputera akan beranjak daripada tumpuan terhadap syarikat terpilih kepada program pengupayaan yang melibatkan lebih ramai usahawan dan lebih banyak syarikat bumiputera berskala kecil dan sederhana. “Ini bagi melahirkan kelas pertengahan bumiputera yang dapat beralih daripada bergantung harap kepada gaji semata-mata kepada membina perniagaan yang meningkatkan pendapatan dan menambah nilai kepada ekonomi,” katanya.- UTUSAN
Italia Ultime Notizie, Italia Notizie
Similar News:Puoi anche leggere notizie simili a questa che abbiamo raccolto da altre fonti di notizie.
Pemimpin Umno hadir kongres DAP buat kali pertamaPresiden Umno Zahid Hamidi hadir di Hotel Marriott, Putrajaya, pagi ini, disambut Setiausaha Agung Loke Siew Fook.
Leggi di più »
Kerjasama persatuan etnik perkasa orang asal Sabah, SarawakKota Kinabalu: Kerjasama pelbagai persatuan etnik Bumiputera Sabah dan Sarawak akan dapat memperkasakan lagi aspek sosial, ekonomi dan budaya masyarakat orang asal di kedua-dua negeri itu.
Leggi di più »
Pemimpin dunia meterai MoU Koridor Ekonomi India-Asia Barat-EropahPemimpin dunia meterai MoU Koridor Ekonomi India-Asia Barat-Eropah
Leggi di più »
RMK12: Kerajaan sasar pertumbuhan ekonomi 5% setahunProduktiviti Pelbagai Faktor (MFP) secara purata dijangka menyumbang sebanyak 42.8 peratus kepada pertumbuhan KDNK...
Leggi di più »