Konsert Irama Etnika Tradisional Negeri Sembilan berlangsung esok

Italia Notizia Notizia

Konsert Irama Etnika Tradisional Negeri Sembilan berlangsung esok
Italia Ultime Notizie,Italia Notizie
  • 📰 UMonline
  • ⏱ Reading Time:
  • 34 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 17%
  • Publisher: 51%

Konsert Irama Etnika Tradisional Negeri Sembilan berlangsung esok

SEREMBAN: Gabungan irama muzik tradisional Negeri Sembilan dan kontemporari bakal bergema dalam konsert Irama Etnika Tradisional Negeri Sembilan 2023 yang diadakan di sini Sabtu ini.

Pengarah konsert itu, Prof. Madya Dr. Ahmadrashidi Hasan berkata, gabungan muzik tradisional dan kontemporari itu dikenali sebagai Neo-Tradisisme iaitu menghasilkan semula lagu tradisional Negeri Sembilan dalam bentuk baharu dan terkini dengan memelihara nilai tradisinya. “Konsep Neo-Tradisime ini diharap akan menjadikan lagu tradisional Negeri Sembilan terus segar dan digemari oleh generasi kini dan akan datang,” katanya di sini hari ini.

Jelasnya, persembahan dimulakan dengan irama muzik tradisional asli iaitu Bongai, Cak Lempong dan Tumbuk Kalang dalam bentuk asalnya agar audien dapat mengenali asal usul, tujuan dan permainan muzik itu.

Abbiamo riassunto questa notizia in modo che tu possa leggerla velocemente. Se sei interessato alla notizia puoi leggere il testo completo qui. Leggi di più:

UMonline /  🏆 27. in MY

Italia Ultime Notizie, Italia Notizie



Render Time: 2025-03-27 02:36:41