JELI: Polis menahan seorang lelaki dan merampas dadah jenis pil WY serta heroin bernilai RM2,550 selepas di tahan dalam serbuan di tepi jalan di Kampung Lawar, Batu Melintang di sini semalam.
Suspek yang berusia 31 tahun itu ditahan pada pukul 2.30 petang semasa berada dalam keadaan mencurigakan di kawasan tersebut.
Ketua Polis Daerah Jeli, Superintendan Saari Yaacob berkata, pemeriksaan terhadap lelaki itu menemui pil kuda seberat 5.4 gram dan serbuk keputihan disyaki dadah jenis heroin seberat 6.6 gram.“Hasil semakan menjadi suspek memiliki tiga rekod jenayah lampau berkait kes dadah. Suspek kini direman selama tujuh hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39A, Seksyen 39A dan Seksyen 15 Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Saari memberitahu, pihaknya telah merekodkan 738 kes dengan 886 tangkapan atas pelbagai kesalahan kes dadah sejak Januari lalu. Katanya, daripada keseluruhan tangkapan itu, ia melibatkan 134 kes atau 142 tangkapan suspek warganegara asing. “IPD Jeli berharap penduduk daerah ini terus menyalurkan maklumat kepada pihak polis agar kegiatan jenayah dan dadah dapat diambil tindakan sewajarnya bagi memastikan Jeli sebagai daerah yang selamat,” ujarnya.-UTUSAN
Italia Ultime Notizie, Italia Notizie
Similar News:Puoi anche leggere notizie simili a questa che abbiamo raccolto da altre fonti di notizie.
Tukang kebun disyaki bunuh pengawal keselamatanPolis berkata suspek disyaki membunuh mangsa kerana lelaki itu enggan membantu persiapan program sekolah.
Leggi di più »
Anwar: Insentif RM2,000 tanda iktiraf khidmat penjawat awamPUTRAJAYA: Bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam sebanyak RM2,000 seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2024 Jumaat lepas, me...
Leggi di più »
Budget 2024: PM Anwar says RM2,000 incentive for civil servants a recognition of their servicePUTRAJAYA, Oct 16 — The Early Incentive Payment of RM2,000 for civil servants Grade 56 and below as announced in the 2024 Budget is a recognition of the services of civil...
Leggi di più »
Anwar: RM2,000 incentive to civil servants a recognition of their servicePUTRAJAYA: The Early Incentive Payment of RM2,000 for civil servants Grade 56 and below as announced in the 2024 Budget is a recognition of the servic...
Leggi di più »
Bina loji nuklear boleh cecah RM2.3 bilionMalaysia tidak menolak penjanaan tenaga nuklear tetapi perlu membuat pertimbangan lanjut sebelum mengintegrasikannya.
Leggi di più »
Suami isteri, anak lelaki direman 7 hari kes kanak-kanak maut disyaki dideraSepasang suami isteri warga emas dan anak lelaki mereka ditahan reman tujuh hari berkaitan kes seorang kanak-kanak lelaki dua tahun meninggal dunia di sini kelmarin, disyaki didera.
Leggi di più »