Semua masjid dan surau diri Jumaat di negeri ini akan mengadakan solat hajat selepas solat Jumaat esok bagi memohon doa untuk keselamatan dan kesejahteraan umat Islam di Palestin.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, beliau akan meminta Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak memaklumkan solat hajat itu kepada semua masjid dan surau diri Jumaat di negeri ini.
“InsyaAllah, kita akan maklumkan kepada semua pengerusi masjid dan surau diri Jumaat untuk mengadakan solat hajat untuk saudara kita di Palestin selepas solat Jumaat esok,” katanya dalam sidang akhbar selepas Program Mesra Hari Bertemu Pelanggan di Stadium Indera Mulia di sini hari ini. Menurut Saarani, beliau yang juga Pengerusi Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak telah menandatangani cek bernilai RM100,000 untuk disumbangkan kepada Palestin.
Sumbangan itu katanya, bagi meringankan beban ditanggung penduduk negara tersebut susulan pergolakan dan konflik yang berlaku antara Palestin-Israel ketika ini. – UTUSAN
Italia Ultime Notizie, Italia Notizie
Similar News:Puoi anche leggere notizie simili a questa che abbiamo raccolto da altre fonti di notizie.
Malaysian Relief Agency hantar sumbangan segera untuk rakyat Palestin'Keangkuhan Israel sepanjang 7 dekad telah membunuh puluhan ribu nyawa rakyat Palestin yang tidak berdosa termasuk wanita dan kanak-kanak.'
Leggi di più »
Dewan Rakyat: Israel tidak berhak sekat bantuan kemanusiaan untuk PalestinRejim Israel tidak berhak menyekat segala bentuk saluran bantuan kemanusiaan dari negara luar kepada penduduk Palestin.
Leggi di più »
Mesir enggan buka koridor selamat untuk orang awam dari Palestin, terus sokong GazaMesir enggan buka koridor selamat untuk orang awam dari Palestin, terus sokong Gaza
Leggi di più »
DUN N.Sembilan lulus usul tolak jenayah kejam Israel ke atas PalestinSEREMBAN: Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan hari ini sebulat suara meluluskan usul tergempar mengutuk tindakan kejam rejim zioni...
Leggi di più »
Ismail Sabri: Hak mutlak rakyat Palestin bentuk negara merdeka, berdaulat harus dipertahanKUALA LUMPUR: Hak mutlak rakyat Palestin untuk membentuk sebuah negara merdeka yang berdaulat wajib dipertahan, kata bekas Perdana Menteri Datuk Seri ...
Leggi di più »
Ramai jemaah tarik diri kerjakan umrah, lawat PalestinSatu sumber agensi pelancongan umrah mengesahkan ramai jemaah umrah yang mengambil pakej melawat ke Palestin telah menarik diri.
Leggi di più »