GUA MUSANG: Semua pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) perlu mendapat kebenaran daripada Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) sebelum menghantar bantuan atau mengadakan program di perkampungan Orang Asli yang terjejas ketika musim tengkujuh.
Timbalan Ketua Pengarah Jakoa, Saiful Zahlan Muhamad Azmi berkata, perbincangan bersama agensi setempat telah mempersetujui semua penyelarasan bantuan perlu dilakukan oleh Jakoa.“Arahan ini berkuat kuasa serta-merta selepas perbincangan dilaksanakan kerana kita mengambil kira keadaan yang berlaku sekarang apabila terlalu ramai yang memasuki kawasan kampung menyebabkan tanah dan jalan menjadi rosak.
Saiful Zahlan berkata, menjelang musim Monsun Timur Laut yang dijangka bermula bulan depan, Jakoa bersiap sedia untuk memberi bantuan bakul makanan ke kawasan kampung Orang Asli yang terjejas dengan bencana.