Pembaharuan itu bagi memastikan hak pesakit dilindungi tanpa melepaskan doktor dan hospital daripada tanggungjawab, kata Dr R Muruga Raj.
Presiden MMA Dr Muruga Raj Rajathurai berkata, ‘komplikasi’ dalam prosedur perubatan tidak patut dikelirukan dengan ‘kecuaian’.
FMT mendapatkan ulasan Presiden MMA Dr R Muruga Raj mengenai cadangan pembaharuan bagi prosedur perubatan berisiko tinggi ini.Menurut Muruga, amalan semasa adalah untuk risiko dan potensi komplikasi pembedahan dijelaskan secara terperinci kepada pesakit sebelum sebarang prosedur dijalankan. Pesakit dibenarkan mendapatkan penjelasan mengenai sebarang perkara berkaitan sebelum memberikan persetujuan. Bagi kanak-kanak, persetujuan diperoleh daripada ibu bapa.
Katanya, apabila komplikasi timbul, keadaan mungkin tidak membenarkan pesakit kembali menjadi normal, terutamanya jika melibatkan kecederaan neurologi atau kerosakan kepada organ lain. “Bagaimanapun, kecederaan itu perlu diuruskan, dan jika kedua-dua pihak mempersetujui proses pengantaraan, pampasan yang adil boleh diusahakan oleh kedua-dua pihak,” kata Muruga.