PASIR MAS: Majlis Perbandaran Kota Bharu- Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) akan melaksanakan sistem pembayaran tempat letak kenderaan tanpa tunai menggunakan aplikasi e-pay dalam masa terdekat.
Pengerusi Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar, Hilmi Abdullah berkata, sistem itu kini dalam proses transisi untuk diperkenalkan kepada rakyat.
“Pelaksanaannya sudah diwar-warkan bagi membiasakan rakyat dengan aplikasi itu sebelum memulakan sistem baharu tersebut dilaksanakan dalam masa terdekat,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Perasmian Sambutan Wellness Month Peringkat Negeri Kelantan 2023 di Dataran Bandar Baru Lubok Jong di sini, hari ini.Dalam pada itu, Hilmi memberitahu, pihaknya kini dalam proses menamatkan kontrak sebuah syarikat swasta yang mengendalikan tempat letak kenderaan sebelum ini.
Katanya, syarikat berkenaan sudah tidak lagi berhak untuk mengambil sebarang bayaran tempat letak kenderaan mahupun tindakan kompaun dan sebagainya. “Setakat ini, kita telah menghantar notis penamatan kontrak dan sedang menunggu pandangan daripada kerajaan negeri untuk meneruskan penamatan kontrak syarikat berkenaan secara mutlak.
“Kita akan mengendalikan sendiri segala urusan berkaitan tempat letak kereta dan syarikat berkenaan tidak lagi berhak untuk mengambil apa-apa bayaran tempat letak kenderaan,”ujarnya-UTUSAN
Italia Ultime Notizie, Italia Notizie
Similar News:Puoi anche leggere notizie simili a questa che abbiamo raccolto da altre fonti di notizie.
Ex-Permatang Pasir assemblyman gets DNAA over outraging modesty chargeSHAH ALAM: The Magistrate’s Court granted former Permatang Pasir assemblyman Muhammad Faiz Fadzil a discharge not amounting to an acquittal (DNAA) ove...
Leggi di più »
China: Lebih 90 negara sertai Forum Ketiga BRIChina: Lebih 90 negara sertai Forum Ketiga BRI
Leggi di più »
Tuduhan cabul jurujual: Bekas ADUN Faiz Fadzil dilepas tanpa dibebaskanSHAH ALAM: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Pasir Muhammad Faiz Fadzil hari ini dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) oleh Mahkamah Majistr...
Leggi di più »
Tajuddin backs using ‘keris’ logo in polls to showcase Umno’s strengthFormer Pasir Salak MP Tajuddin Abdul Rahman says the party should not shy away from portraying its Malay image in future elections.
Leggi di più »
Lebih 50% pengundi Simpang Jeram tunai tanggungjawab setakat 3 petangBagaimanapun hanya 38 peratus daripada 165,509 pengundi di Parlimen Pulai mengundi.
Leggi di più »