Pahang terima 900 metrik tan beras putih tempatan
KUANTAN: Sebanyak 900 metrik tan beras putih tempatan diterima dan diagihkan kepada lima syarikat pembekal dilantik di Pahang untuk diedarkan kepada peruncit serta peniaga di seluruh negeri ini.
Syarikat terbabit dua di Kuantan manakala masing-masing satu di Jengka, Maran dan Triang, Bera dekat sini di bawah Program Panel Pemborong Beras Putih Tempatan.Pengarah Kawal Selia Padi dan Beras Pahang, Hamizan Musa berkata, jumlah 900 metrik tan itu dianggarkan membabitkan lebih 8,000 paket beras yang akan dijual pada harga RM26 bagi kampit 10 kilogram.
“Melalui bekalan BPT yang diterima kali ini, ia diharap dapat mengatasi masalah kekurangan beras jenis itu dalam pasaran tempatan. “Walaupun tidak dapat menyelesaikan masalah itu sepenuhnya, sekurang-kurangnya langkah ini dapat memastikan bekalan beras tempatan sentiasa ada di pasaran,” katanya ketika ditemui pada Program Pelepasan Beras Putih Tempatan ke Pasaran oleh salah syarikat pembekal, Mumtaz Iman Sdn. Bhd. di Indera Mahkota di sini hari ini.
Hamizan berkata, bekalan BPT akan diterima setiap bulan bergantung kepada musim tuaian di negeri-negeri pengeluar beras di seluruh negara yang lain seperti Kelantan, Terengganu, Selangor dan Perak.Beliau turut menasihatkan pengguna agar membeli beras mengikut keperluan dan tidak melakukan pembelian panik yang menjadi antara punca gangguan bekalan bahan makan utama itu di pasaran.“Kalau kita perlu sekampit, beli sekampit saja dan jangan bimbang kerana bekalan ada,” katanya.
Italia Ultime Notizie, Italia Notizie
Similar News:Puoi anche leggere notizie simili a questa che abbiamo raccolto da altre fonti di notizie.
Polis Pahang lupus pelbagai dadah bernilai RM4.5 jutaKUANTAN: Polis Pahang melupuskan pelbagai dadah dianggarkan bernilai RM4.5 juta yang dirampas dalam tempoh 15 tahun bermula 2008. Ketua Polis negeri D...
Leggi di più »
Pahang MCA mocks Pakatan Harapan after Lynas licence renewedState MCA chief Wong Siew Mun wonders if PH is now ignoring the public’s health, one of the reasons cited in the past in its opposition to the rare earths plant.
Leggi di più »
Polis Pahang lupus pelbagai jenis dadah bernilai RM4.5 jutaPolis Pahang melupuskan pelbagai jenis dadah termasuk air dan daun ketum dianggarkan bernilai RM4,483,088.84.
Leggi di più »
Rare-Earths win in Malaysia sends Lynas shares soaringExtension of operating licence gives the company’s plant in Gebeng, Pahang, a much-needed lifeline.
Leggi di più »
SPRM siasat laporan calon PRK Jepak agih berasPengarah SPRM Sarawak Mohd Zaki Hassan berkata, perkara ini akan diteliti pasukan petugas khas di Bintulu.
Leggi di più »
Jadi ‘bahan ketawa’, bos Mydin kritik kerajaan tangani bekalan berasAmeer Ali Mydin berkata kekurangan gula dijangka akan berlaku ketika diwawancara dalam rancangan ‘Stakeholders, with Shireen’.
Leggi di più »