'Nilai ringgit tidak bergantung kepada fundamental ekonomi negara terutama ketika unjuran inflasi dan kadar pengangguran negara juga turun.
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri mengakui berlaku penyusutan nilai ringgit Malaysia sebanyak -6.5 peratus berbanding dolar Amerika Syarikat , namun ia tidak separah penyusutan mata wang yen Jepun yang mencatat 10.8 peratus.
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, penyusutan itu setakat 6 Oktober lalu namun ringgit masih mencatat prestasi lebih baik berbanding negara jiran seperti bath Thailand dan yen Jepun, manakala won Korea lebih kurang sama dengan ringgit. Katanya, prestasi mata wang ringgit yang mengalami penyusutan sebahagian besar didorong faktor luaran seperti pengukuhan mendadak dolar AS, kadar faedah AS lebih tinggi, serta keadaan ekonomi China yang lebih lemah daripada jangkaan.“Nilai ringgit ini tidak bergantung kepada fundamental ekonomi negara terutama ketika unjuran inflasi dan kadar pengangguran negara juga turun.
“Ia hanya tindakan AS menaikkan kadar. Jadi kita hadapi masalah ini kemeruapan berlaku dan kerajaan akui beberapa langkah diambil Bank Negara dalam menetapkan eksport,” katanya semasa Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Perdana Menteri di Dewan Rakyat hari ini. Beliau terdahulu menjawab soalan Datuk Awang Hashim sejauh mana keberkesanan langkah kerajaan dalam menangani impak kejatuhan nilai ringgit sehingga mencecah paras RM4.73 berbanding dolar AS. – UTUSAN
Italia Ultime Notizie, Italia Notizie
Similar News:Puoi anche leggere notizie simili a questa che abbiamo raccolto da altre fonti di notizie.
Formula mudah ukur prestasi kerajaan perpaduanKepatuhan rakyat adalah amat penting untuk keamanan, keharmonian, kestabilan dan kemakmuran negara dan negeri.
Leggi di più »
Prestasi sektor automotif disokong jualan BEVPendaftaran BEV telah melonjak dengan ketara sejak dua tahun lepas kepada lebih 3,400 unit pada 2022 dan 7,500 unit menjelang September 2023.
Leggi di più »
Parlimen: Rangkaian 5G capai lebih 70 peratus kawasan berpenduduk'Sehubungan itu, bagi jumlah langganan, sebanyak 2.49 juta langganan telah direkodkan bersamaan 7.4 peratus kadar penembusan.
Leggi di più »
Parlimen: Lebih 2,000 penguat kuasa pantau harga barang, bekalan makanan setiap hari'Ada juga mereka berpakaian orang biasa untuk menyiasat di kedai-kedai, bukan sentiasa jadual berkala yang tetap.
Leggi di più »
Prestasi kewangan sektor perniagaan terus mencatatkan peningkatan – Bank NegaraPrestasi kewangan sektor perniagaan terus mencatatkan peningkatan - Bank Negara
Leggi di più »
Parlimen: Malaysia tegas tolak tuntutan kedaulatan ChinaKerajaan dengan tegas menolak tuntutan kedaulatan, hak kedaulatan dan bidang kuasa China ke atas kawasan maritim di Laut China Selatan.
Leggi di più »