Mumtaz Md Nawi (menyokong usaha menghidupkan semula PLKN namun pengisiannya harus sesuai dengan keadaan semasa.
PETALING JAYA: Seorang wakil rakyat pembangkang mencadangkan pengisian Program Latihan Khidmat Negara yang mungkin diperkenalkan semula, menjurus untuk melahirkan pasukan simpanan keselamatan.
Mumtaz Md Nawi berkata beliau menyokong usaha menghidupkan semula program terbabit namun pengisiannya harus sesuai dengan keadaan semasa.“Masyarakat dan anak muda perlu bersedia menjadi pasukan simpanan dan diasuh mempertahankan diri dari segi rohani dan jasmani merangkumi aspek kemahiran diri untuk menunjukkan kesiapsiagaan anak muda melindungi negara,” katanya di Dewan Rakyat.
Pada 9 Okt, Menteri Pertahanan Mohamad Hasan berkata jawatankuasa khas telah ditubuhkan untuk mengkaji pelaksanaan semula PLKN denga mempertimbangkannya dibahagikan kepada dua fasa – pertama untuk pelajar masih bersekolah dan kedua, untuk mereka tamat menduduki Sijil Pelajaran Malaysia . Fasa dua program itu boleh dilaksanakan di 13 kem wataniah di seluruh negara dan satu Pusat Latihan Polis sambil menyifatkan rancangan itu lebih “sesuai” dan boleh memuatkan 25,000 pelatih setiap sesi.
PLKN diperkenalkan pada Disember 2003, sebelum dihentikan selama setahun pada 2015 akibat rasionalisasi perbelanjaan. Ia diperkenalkan semula pada 2016 sebagai PLKN 2.0, sebelum dimansuhkan pada Ogos 2018.
Italia Ultime Notizie, Italia Notizie
Similar News:Puoi anche leggere notizie simili a questa che abbiamo raccolto da altre fonti di notizie.
Ahli Parlimen dilarang buat penstriman langsung di ParlimenKUALA LUMPUR: Bermula hari ini, Ahli Parlimen tidak lagi dibenarkan menggunakan peranti elektronik seperti telefon bimbit di atas meja bagi membuat pe...
Leggi di più »
Ahli Parlimen dilarang guna peranti untuk siaran langsung dalam Dewan RakyatJohari kekal dengan keputusannya namun terbuka dengan sebarang perubahan kepada peraturan mesyuarat.
Leggi di più »
Jangan buat ‘live’ ketika bahas, Ahli Parlimen diberitahuSpeaker Dewan Rakyat berkata tindakan Ahli Parlimen menggunakan peranti tidak menghormati Perkara 35 (1) Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.
Leggi di più »
Tindakan Ahli Parlimen Kuala Kangsar ‘janggal’, jangan terlalu ‘teruja’, kerajaan diberitahuPenganalisis politik turut berpendapat tindakan Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid juga mungkin mempunyai motif tertentu.
Leggi di più »