Pengantin buat majlis sanding di pasar awam
Namun, pasangan pengantin di Sleman memilih untuk mengadakan majlis perkahwinan di pasar umum bersama para peniaga dan orang awam.
Pasangan pengantin itu yang dikenali sebagai Aryanda Ahmad Muttaqien dan Rahma Matsna Aulia mengadakan majlis persandingan mereka di Pasar Ngijon, Sumberagung, Sleman.Berdasarkan video yang dikongsi, majlis itu kelihatan meriah dengan kehadiran orang ramai sambil dikelilingi gerai dan tapak jualan peniaga pasar.Selain itu, pelbagai juadah dihidang untuk santapan para jemputan.
Menurut abang pengantin perempuan, Rahmat Faizul M, majlis akad nikah adiknya diadakan di rumah mereka dan hanya majlis persandingan diadakan di pasar berkenaan.“Sebelum ini mereka bercadang mahu buat di hotel sebelum timbul idea buat di pasar,” katanya.