Pengurus, penyelia kilang direman bantu siasatan buang bahan terjadual secara haram
KULAI: Dua lelaki termasuk pengurus syarikat direman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berkaitan kes pelupusan buangan terjadual secara haram di Seelong Jaya, di sini, semalam.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Kulai, Azureen Sahira Sauffee Afandi selepas mendengar permohonan daripada Jabatan Alam Sekitar Johor. Pengurus syarikat berusia 58 tahun itu ditahan bersama-sama penyelia berusia 34 tahun di sebuah premis pemerolehan kembali bahan buangan terjadual. Difahamkan dua lelaki terbabit disyaki tidak menguruskan bahan buangan terjadual dalam bentuk serbuk itu dengan betul, iaitu dengan menanamnya di kawasan tanah lapang berhampiran dengan premis syarikat tersebut.
Kes itu disiasat di bawah Seksyen 16, 24 dan 34B Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM500,000 dan penjara jika disabit kesalahan. – UTUSAN
Italia Ultime Notizie, Italia Notizie
Similar News:Puoi anche leggere notizie simili a questa che abbiamo raccolto da altre fonti di notizie.
Polis tahan abang tiri bantu siasatan adik lemasPolis tahan abang tiri bantu siasatan adik lemas
Leggi di più »
Rotovator bantu petani produktif, jimatkan masaMenyedari permasalahan itu, Agen Pengembangan Tanaman, Sahabuddin Samsudeng bersama kumpulannya membangunkan inovasi alat penggembur tanah
Leggi di più »
Musim menuai di Kedah bantu pulih bekalan beras putih di pasaranKUALA LUMPUR: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) yakin masalah kekurangan beras putih tempatan di pasaran domestik akan dapat dipul...
Leggi di più »
Musim tuai di Kedah bantu pulih kekurangan berasKerajaan giat melaksanakan Program Khas Beras Putih Tempatan.
Leggi di più »
Budak 4 tahun lemas, abang tiri diberkas bantu siasatanPolis berkata siasatan CCTV mendapati lelaki berusia 26 tahun itu melihat sahaja mangsa sedang lemas tanpa melakukan sesuatu.
Leggi di più »