KOMPAUN berjumlah RM200 dikeluarkan kepada dua pengusaha kedai makan di sebuah pusat komersial Inanam kerana mencemarkan perparitan di blok masing-masing.
Jurucakap Jabatan Kesihatan Persekitaran Dewan Bandaraya Kota Kinabalu berkata dua pengusaha itu dikenakan tindakan kerana melanggar Undang-undang Kecil Anti Sampah Sarap 1984 .“Air kotor dari dapur mereka disalurkan ke dalam parit tertutup di belakang kedai mereka,” katanya. PAIP dari dapur yang sepatutnya disambungkan ke lurang tidak ada di premis ini. “Paip dari singki mereka sepatutnya disambungkan ke pembetung.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel for the latest news you don't want to miss. * Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.