Darren Lok membuktikan sentuhan berbisanya apabila meledak dua gol ketika membantu Sabah menewaskan Hougang United FC 3-1.
PETALING JAYA: Penyerang Sabah FC, Darren Lok membuktikan sentuhan berbisanya apabila meledak dua gol ketika membantu The Rhinos menewaskan Hougang United FC 3-1 dalam aksi pertama Kumpulan H saingan Piala Konfederasi Bolasepak Asia 2023 di Stadium Likas, sebentar tadi.
Pertahanan import Sabah dari Brazil, Gabriel Peres terlebih dahulu menceriakan peminat yang hadir di stadium menerusi tandukan seawal minit kelima selepas menerima hantaran daripada Daniel Ting untuk meletakkan tuan rumah di depan. Darren menggandakan jaringan buat Sabah pada minit ke-38 selepas memanfaatkan situasi kelam kabut dalam kotak penalti pelawat.Memasuki babak kedua, pasukan pelawat berjaya merapatkan jurang hasil ledakkan Takayama Kazuma pada minit ke-61, di mana gol itu terpaksa disahkan oleh Video Bantuan Pengadil berikutan penjaga gol Sabah, Daimen Lim dilihat berjaya menepis keluar bola tetapi semakan rakaman mendapati bola sudah melepasi garisan gol.
Begitupun, Darren tidak menunggu lama untuk kembali meletakkan tuan rumah mendahului dengan dua gol menerusi tandukannya seminit kemudian apabila memanfaatkan hantaran Park Tae-Soo. Sabah hampir mendapatkan gol keempat pada minit ke-71 ketika berlaku situasi kucar kacir di hadapan gawang Hougang, namun percubaan Park Taesu sekadar singgah di tiang gol.-UTUSAN
Italia Ultime Notizie, Italia Notizie
Similar News:Puoi anche leggere notizie simili a questa che abbiamo raccolto da altre fonti di notizie.
Dua jaringan Darren Lok bantu Sabah FC benam Hougang United 3-1KUALA LUMPUR: Sabah FC berjaya memanfaatkan kelebihan bermain di laman sendiri apabila menewaskan Hougang United 3-1 dari Singapura dalam aksi pertama...
Leggi di più »
AFC Cup: Sabah FC not taking Hougang FC lightly, says Kim SweeKOTA KINABALU, Sept 20 — Sabah FC head coach Datuk Ong Kim Swee has asked his players to not take things lightly when they face Hougang FC from Singapore in the AFC Cup at the...
Leggi di più »
AFC Cup: Two-goal hero Darren inspires Sabah to victory over Hougang UtdKUALA LUMPUR, Sept 21 — Sabah FC capitalised on home-ground advantage to beat Hougang United of Singapore 3-1 in their opening Group H match of the 2023 Asian Football...
Leggi di più »
Two-goal hero Darren inspires Sabah to victory over Hougang UtdKUALA LUMPUR: Sabah FC capitalised on home-ground advantage to beat Hougang United of Singapore 3-1 in their opening Group H match of the 2023 Asian F...
Leggi di più »
Sabah FC waspada berdepan Huogang FCKota Kinabalu: Sabah FC akan berwaspada dalam aksi pembukaan Piala AFC musim ini menentang pasukan dari Singapura, Huogang United FC di Stadium Likas malam ini bermula jam 8 malam.
Leggi di più »