Seramai 537 individu termasuk 16 warga asing ditahan menerusi Op Tapis Khas selepas ‘sarang’ penagihan dadah di seluruh negeri digempur polis selama tiga hari sejak Selasa lalu.
Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, jumlah tangkapan di 22 lokasi itu membabitkan 525 lelaki dan 12 wanita berusia antara 19 hingga 67 tahun.
Katanya, serbuan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kontinjen Perak dan Daerah serta balai-balai itu dilakukan di kawasan Felda, Felcra, Program Perumahan Rakyat Termiskin , Program Perumahan Rakyat , kawasan perumahan dan nelayan serta ‘mobile port’. “Daripada keseluruhan tangkapan yang dilakukan, seramai 49 individu ditahan di bawah kesalahan pengedaran dadah, 177 orang bagi kesalahan memiliki dadah manakala 275 penagih disiasat mengikut Seksyen 15 Akta Dadah Berbahaya 1952.
“Seramai 22 orang dikategorikan sebagai orang yang dikehendaki ditangkap selain 14 orang pula ditahan di bawah Seksyen 3 ADB 1985 selain 17 suspek dikenal pasti penagih dadah tegar dan akan diambil tindakan di bawah Seksyen 39C akta sama,” katanya di sini hari ini. Menurut beliau, pelbagai dadah dirampas termasuk 213.25 gram heroin, syabu/methamphetamine , ganja , 45 liter cecair ketum, 0.01 liter kodien dan 10.0 kilogram daun ketum.“Dalam serbuan itu, kita turut menyita tiga buah kereta, sembilan buah motosikal dan wang tunai dengan nilai keseluruhan berjumlah RM143,360,” katanya. – UTUSAN
Italia Ultime Notizie, Italia Notizie
Similar News:Puoi anche leggere notizie simili a questa che abbiamo raccolto da altre fonti di notizie.
Polis Malaysia, Australia kerjasama siasat rampasan 622kg dadahKerjasama itu terjalin bagi menjalankan siasatan lanjut berhubung penahanan seorang rakyat Malaysia di Melbourne.
Leggi di più »
Penahanan warga M’sia: PDRM, polis Australia jalin kerjasama siasat kes dadahKUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia kini menjalin kerjasama dengan Polis Persekutuan Australia bagi menjalankan siasatan berhubung penahanan seorang l...
Leggi di più »
Konvokesyen UMT : 2,388 graduan dirai, dua tokoh terima ijazah kehormatSeramai 2,388 graduan bakal diraikan dengan penuh istiadat dan gilang gemilang dalam Majlis Konvokesyen UMT
Leggi di più »
Polis tahan lelaki Filipina, rampas syabu bernilai RM180,000TAWAU: Polis menahan seorang lelaki warga Filipina bersama dadah disyaki syabu seberat 3.09 kilogram dianggar bernilai RM180,000 di sebuah rumah atas ...
Leggi di più »
Polis kesan suspek curi telefon bimbitPolis kesan suspek curi telefon bimbit
Leggi di più »
Polis Marin catat rampasan RM186j lapan bulan pertama tahun iniPolis Marin catat rampasan RM186j lapan bulan pertama tahun ini
Leggi di più »