PETALING JAYA: Satu kertas siasatan dibuka Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung Himpunan Selamatkan Malaysia yang berlangsung di ibu negara semalam.
Memberitahu Utusan Malaysia, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, siasatan berkenaan dilakukan selepas perhimpunan berkenaan didapati tidak mematuhi Akta Perhimpunan Aman 2012 .“Kita akan memanggil sesiapa sahaja yang terlibat dalam waktu sehari dua ini,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Himpunan semalam dihadiri lebih 850 orang bermula di Masjid Jamek Kampung Baru kira-kira pukul 1.15 petang dan berakhir pada pukul 3.30 petang di hadapan pusat beli-belah Sogo.Semalam, polis mengklasifikasikan perhimpunan berkenaan sebagai tidak patuh namun mereka tetap mengambil tindakan dalam memudahcarakan perhimpunan agar tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku.
Penganjuran perhimpunan itu diadakan bagi menuntut supaya kerajaan memberikan keadilan sewajarnya kepada semua lapisan masyarakat di negara ini. Satu laporan dibuat oleh Ketua Penerangan Bersatu, Tun Faisal Ismail bersama Ketua Penerangan Pejuang, Muhammad Rafique Rashid Ali dan empat lain di Ibu pejabat Polis Daerah Dang Wang, dekat sini bagi menyiasat ke atas semua pihak yang dikatakan terbabit dalam proses menghentikan pendakwaan ke atas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, baru-baru ini.
Dalam pada itu, penganjur turut mendesak supaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Jabatan Peguam Negara diasingkan daripada kuasa eksekutif. – UTUSAN
Italia Ultime Notizie, Italia Notizie
Similar News:Puoi anche leggere notizie simili a questa che abbiamo raccolto da altre fonti di notizie.
Penganjur Himpunan Selamatkan Malaysia umum ‘tiada himpunan’Peserta dilihat di kaki lima jalan menuju ke Masjid Kg Baru dengan kad “Dakwa Zahid”.
Leggi di più »
22 laporan polis tidak setuju penganjuran ‘Himpunan Selamatkan Malaysia' esokKetua Polis Negara mengesahkan sebanyak 22 laporan diterima pihaknya yang tidak bersetuju 'Himpunan Selamatkan Malaysia' dianjurkan di
Leggi di più »
Polis atur gerak pantau Himpunan Selamatkan MalaysiaPolis Kuala Lumpur akan mengatur gerak anggotanya bagi memantau dan menghadapi sebarang kemungkinan himpunan yang dirancang di sekitar
Leggi di più »
Polis kawal Himpunan Selamatkan Malaysia mula berarakPOLIS trafik dilihat mengawal kesesakan lalu lintas berhadapan Masjid Jamek Kampung Baru ekoran Himpunan Selamatkan Malaysia
Leggi di più »
Polis halang peserta Himpunan Aman Selamatkan Malaysia terus berarakPolis Diraja Malaysia (PDRM) mula membuat dua bentuk halangan manusia bagi menyekat kemaraan peserta Himpunan Aman Selamatkan Malaysia
Leggi di più »
Polis nafi kepung individu terlibat Himpunan Selamatkan MalaysiaKUALA LUMPUR : Tiada mana-mana individu yang terbabit dengan Himpunan Selamatkan Malaysia dikepung pihak polis seperti yang didakwa
Leggi di più »