KUALA LUMPUR: Tun Dr. Mahathir Mohamad dan dua pihak lagi diberi tempoh sehingga bulan depan untuk memfailkan pembelaan dalam kes saman bekas Pengerusi Eksekutif Renong Berhad, Tan Sri Halim Saad berhubung isu penjualan saham syarikat secara paksa, hampir 23 tahun lalu.
Selain bekas Perdana Menteri, bekas Menteri Kewangan II, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dan Kerajaan Malaysia turut diarah oleh Mahkamah Tinggi di sini memfailkan pembelaan sebelum atau pada 6 Oktober ini manakala Halim selaku plaintif pula diarah memfailkan jawapan kepada pembelaan pada 23 Oktober ini.
Pada 2 Ogos lalu, Halim menyaman Dr. Mahathir dan dua pihak lagi bagi menuntut pampasan berhubung kerugian yang dialaminya selepas menjual pegangan saham dalam syarikat itu secara paksa, hampir 23 tahun lalu. Menurut pernyataan itu, UEM merupakan syarikat berprestij dengan beberapa aset bernilai tinggi seperti Projek Lebuhraya Utara Selatan , ELITE Expressway, Laluan Kedua Malaysia-Singapura , Intria Bina Sdn Bhd, Ho Hup Construction Sdn Bhd, Pharmaniaga Berhad dan Kualiti Alam Sdn Bhd, yang kesemuanya secara bersama menjana aliran tunai menghampiri RM1 billion setahun.
Pernyataan tuntutan itu selanjutnya menyatakan, pada masa material, Renong memegang 37.92 peratus saham UEM manakala plaintif merupakan pemegang saham individu tunggal terbesar dalam Renong. Sehubungan itu, Halim menyatakan, ekoran pengambilan hak kukuh dan pelucutan haknya sebagai pemegang saham yang mengawal Renong, beliau tidak dibayar apa-apa pampasan.
Pada 2013, Halim memfailkan saman RM1.8 bilion terhadap kerajaan, Khazanah dan Nor Mohamed selepas mendakwa beliau ditipu. Saman itu ditolak manakala rayuannya di Mahkamah Persekutuan pada tahun 2015 turut diketepikan.
Italia Ultime Notizie, Italia Notizie
Similar News:Puoi anche leggere notizie simili a questa che abbiamo raccolto da altre fonti di notizie.
Saman Halim Saad: Dr M, 2 yang lain diarah fail pembelaanTaikun itu mendakwa beliau “dipaksa” melepaskan pegangan dalam kumpulan Renong-UEM 22 tahun lalu.
Leggi di più »
Dr M, 2 others to file defence to Halim Saad’s suit by Oct 6Tycoon claims he was ‘forced’ to relinquish his stake in the Renong-UEM group 22 years ago.
Leggi di più »
Hektar REIT beli bangunan Kolej Yayasan Saad sebanyak RM150 jutaBangunan akan diubah suai kepada MTrustee selepas selesai perjanjian melalui surat ikatan ubah suai antara pemajak, pemegang amanah, vendor.
Leggi di più »
Isu ‘Kutty’: Saman Dr M terhadap Zahid ditetapkan semula tahun depanPerbicaraan terpaksa ditangguh kerana Hakim Rozana Ali Yusoff dipindah ke Pulau Pinang.
Leggi di più »
Kes saman fitnah selesai, Roslin mohon maaf kepada Ng Chin ChaiKUALA LUMPUR: Kes saman fitnah Datuk Ng Chin Chai terhadap Muhammad Roslin Hashim selesai, selepas bekas pemain perseorangan lelaki negara itu memohon...
Leggi di più »
Saman fitnah Roslin - Chin Chai selesaiRoslin membacakan permohonan maafnya terhadap Chin Chai secara terbuka di hadapan Hakim Datuk Ahmad Shahri Mohd. Salleh.
Leggi di più »