Muhammad Sanusi didakwa kerana beliau mengeluarkan kenyataan yang menyentuh kedaulatan raja-raja.
PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan beliau menyalah guna kuasa dengan memberi tekanan kepada pembangkang apabila Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor dikenakan pertuduhan mahkamah mengikut Akta Hasutan 1948, dua bulan lalu.“Ia sudah ada dalam undang-undang, sebab sebarang kritikan terhadap Perdana Menteri atau kerajaan saya tak dakwa, saya dikecam setiap hari, tapi tiada siapa kena dakwa.
“Tapi kalau kamu sentuh raja atau sultan, kita ada undang-undang, ia tidak serius seperti lese majeste tapi undang-undang itu ada, melainkan kita membuat beberapa pindaan kepada undang-undang maka kita boleh mempertimbangkan sama ada dikenakan pendakwaan atau tidak,” katanya dalam wawancara CNN bersama pengacara terkemuka, Christiane Amanpour, hari ini.
Julai lalu, Muhammad Sanusi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Selayang atas tuduhan mengeluarkan kenyataan mempunyai kecenderungan menghasut yang boleh menimbulkan rasa tidak setia terhadap mana-mana raja. Pertuduhan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 4 Akta Hasutan 1948 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 4 akta sama yang membawa hukuman denda maksimum sehingga RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. – UTUSAN
Italia Ultime Notizie, Italia Notizie
Similar News:Puoi anche leggere notizie simili a questa che abbiamo raccolto da altre fonti di notizie.
Saya rindukan ibu saya yang dahuluSaya rindukan ibu saya yang dahulu - Khai Bahar
Leggi di più »
Tabiat makan luar berdasarkan data sejak 20 tahun'Jadi jika Khairy Jamaluddin tanya saya bahawa rakyat mahu mendengar penyelesaian saya ingin katakan apa yang saya katakan adalah berdasarkan...
Leggi di più »
Sanusi dakwa Kedah seperti sudah dipecat daripada MalaysiaDatuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor mempersoalkan sama ada Kedah telah 'dipecat' daripada Malaysia berikutan tindakan kementerian tertentu menghalang jabatan dan agensi di bawah mereka daripada menjalinkan kerjasama dengan kerajaan negeri.
Leggi di più »
Sanusi dismisses minister’s Langkawi ‘no drinks’ claimKedah menteri besar Sanusi Nor says the claims by tourism minister Tiong King Sing are unfounded.
Leggi di più »
‘Minum berapa banyak dia mahu’, Sanusi bidas dakwaan menteriMenteri besar Kedah berkata dakwaan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Tiong King Sing penjualan arak dilarang di Langkawi tidak berasas.
Leggi di più »
Mahfuz Omar refutes Sanusi, says local white rice shortage not related to ‘cartel’KUALA LUMPUR, Sept 23 — The current local white rice shortage has nothing to do with a “cartel” as alleged but is because Malaysia has not reached self-sufficiency levels...
Leggi di più »