Amirudin Shari menolak khabar angin akan dilantik menteri susulan spekulasi Perdana Menteri, Anwar Ibrahim akan merombak Jemaah Menterinya.
PETALING JAYA: Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari menolak cakap-cakap beliau akan dilantik menteri susulan spekulasi perdana menteri akan merombak Jemaah Menterinya.“Desas-desus mengatakan saya hendak ke Kabinet ini sejak 2022 dan saya sendiri tak dengar . Apapun, semua keputusan terletak kepada prerogatif perdana menteri,” katanya menurut Utusan Malaysia selepas merasmikan Ekspo Hartanah dan Perumahan Selangor 2023.
Naib presiden PKR itu berkata, Anwar Ibrahim pasti akan berbincang dengan kepimpinan parti dan kerajaan perpaduan sebelum melantik anggota baharu Jemaah Menteri. Anwar ialah presiden PKR dan pengerusi Pakatan Harapan. Rabu lalu, beliau dilaporkan “sedang berfikir” mengenai kemungkinan merombak Jemaah Menteri.
Spekulasi rombakan Kabinet muncul selepas ketua setiausaha lima kementerian dipindahkan ke jawatan baharu baru-baru ini. Dalam perkembangan lain, Amirudin yang juga pengerusi PH Selangor, berkata gabungan itu dan Barisan Nasional belum mengemukakan petisyen untuk mencabar keputusan PRN di empat DUN.Sebelum ini, PH-BN dilaporkan sedang mengkaji untuk mencabar keputusan DUN Dengkil, Gombak Setia, Sungai Kandis dan Taman Medan. Empat kawasan itu dimenangi Perikatan Nasional dengan majoriti kurang 500 undi.
Italia Ultime Notizie, Italia Notizie
Similar News:Puoi anche leggere notizie simili a questa che abbiamo raccolto da altre fonti di notizie.
Selangor MB Amirudin downplays talk of getting Cabinet positionSHAH ALAM: Datuk Seri Amirudin has downplayed talk that he will be offered a position in Cabinet by Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Leggi di più »
MB Selangor nafi akan ke KabinetMenteri Besar Selangor, Amirudin Shari menafikan beliau akan menganggotai Jemaah Menteri susulan dakwaan akan berlaku rombakan Kabinet.
Leggi di più »
Selangor intends to demolish Shah Alam Stadium in NovemberMenteri besar Amirudin Shari expects the state-of-the-art Shah Alam Stadium Complex to be ready in its place by 2026.
Leggi di più »
I’m not going to be a minister, says Selangor MBAmirudin Shari dismisses that he would be given a ministerial post in a possible Cabinet reshuffle by Prime Minister Anwar Ibrahim.
Leggi di più »
Selangor govt expects approval to demolish Shah Alam Stadium in November, says MBSHAH ALAM, Sept 30 — The Selangor government expects the planning permission to demolish the Shah Alam Stadium and replace it with the state-of-the-art Shah Alam Stadium Complex...
Leggi di più »
PH-BN Selangor belum hantar petisyen bantah keputusan empat DUNPH-BN Selangor masih belum menghantar petisyen di empat kerusi DUN Selangor yang mereka tewas pada Pilihan Raya Negeri (PRN), bulan lalu.
Leggi di più »