MALAYSIA diklasifikasikan negara maritim berdasarkan kepada geografinya yang strategik di laluan perdagangan dan pengangkutan antarabangsa.
MALAYSIA diklasifikasikan sebagai sebuah negara maritim berdasarkan kepada geografinya yang strategik di laluan perdagangan dan pengangkutan antarabangsa.
Oleh itu, sektor maritim seharusnya bersedia untuk menyesuaikan diri dan mengambil pelbagai langkah strategik termasuk pemerkasaan sumber manusia. IR 5.0 adalah konsep yang berkaitan dengan aplikasi perkembangan teknologi terkini untuk menyokong penciptaan sistem pendigitalan dan automasi dalam sesebuah industri terutamanya dari segi pengeluaran.
Malah, untuk memenuhi keperluan IR 5.0, graduan perlu dipersiapkan menerusi sistem pendidikan tinggi dan latihan yang mencukupi. Dalam Belanjawan 2024, telah diperuntukkan sejumlah RM6.8 bilion bagi Program Latihan Teknikal dan Vokasional . Sehubungan dengan itu, peluang ini perlu direbut dan dimanfaatkan oleh universiti dan penyedia latihan untuk memastikan kesinambungan bakat dalam memenuhi permintaan sektor maritim negara.