Kekal sebagai penanda aras tertinggi bola sepak negara, pemain-pemainnya terkilan seperti semakin dilupakan.
Kepulangan Harun Jusoh ke Rahmatullah pada usia 75 tahun, Selasa minggu lalu bermakna seorang lagi bekas anggota skuad bola sepak kebangsaan ke Sukan Olimpik Munich 1972 meninggalkan kita. Lebih dahulu ialah jurulatih Jalil Che Din , Ali Bakar , Wong Choon Wah , Othman Abdullah , Wan Zawawi Yusof , M Chandran , Mohamad Bakar, Namat Abdullah, Salleh Ibrahim dan V Krishnasamy .
Penyertaan Malaysia dalam Sukan Olimpik Munich kekal sebagai pencapaian tertinggi skuad bola sepak negara yang melayakkannya gelaran selaku antara gergasi Asia. Dua pasukan lain sebagai wakil Asia ialah Burma dan Iran. Tuan rumah Jerman Barat kendalian Jupp Derwall tersingkir seawal pusingan kedua dalam saingan bola sepak Olimpik yang menyaksikan Poland menang pingat emas selepas mengalahkan Hungary 2-1 dalam final pada 10 September 1972.
Fung Kee, yang kecewa mereka tiada apa-apa status dalam Persatuan Bola Sepak Malaysia , mengungkapkan: “Kami bangga memakai jersi kebangsaan. Saya tidak berharap untuk dapat pengiktirafan sekarang, saya tak nampak apa gunanya minta diiktiraf. Dulu kami ada pas pemain, jadi kami boleh tonton perlawanan. Sekarang, kalau saya mahu tengok Malaysia bermain, apa yang perlu saya buat? Beli tiket?,” katanya.
Sedih dan mengharukan apabila mengenangkan kejaguhan mereka lebih 50 tahun lalu membuat peminat bola sepak negara berasa bangga ketika mereka turun beraksi menentang Jerman Barat, Amerika Syarikat dan Maghribi dalam Kumpulan A, terutama perlawanan pembukaan dengan tuan rumah yang bersaksikan 60,000 penonton di Stadium Olimpik Munich pada 27 Ogos 1972. Skuad kebangsaan kesudahannya menduduki tempat ke-10 daripada 16 pasukan secara keseluruhan.
Skuad negara bangkit daripada kekalahan itu dengan menjadikan Amerika Syarikat sebagai mangsa dengan kemenangan 3-0 yang mengujakan di Ingolstadt hasil gol-gol Shaharuddin Abdullah, Salleh Ibrahim dan Wan Zawawi Wan Yusof sebagai anak Malaysia pertama membuat jaringan di peringkat Olimpik. Tapi, seperti dirumuskan oleh Lim, barisan negara diberi panduan yang salah oleh penasihat pasukan dari Jerman Dettmar Cramer hingga mengakibatkan kekalahan besar 0-6 kepada Maghribi dan sudah pun dibolosi lima gol selepas hanya 25 minit hingga memaksa Kam Fook dikeluarkan dan tempatnya di pintu gol diambil alih oleh Kam Fook.
Italia Ultime Notizie, Italia Notizie
Similar News:Puoi anche leggere notizie simili a questa che abbiamo raccolto da altre fonti di notizie.
Exists kembali ke Borneo selepas 20 tahunExists kembali ke Borneo selepas 20 tahun
Leggi di più »
Sembilan Pusat Pemindahan Kekal Bencana dibina di negeri sering dilanda banjirSembilan Pusat Pemindahan Kekal Bencana dibina di negeri sering dilanda banjir
Leggi di più »
Lelaki warga emas hilang selepas keluar rumahSeorang lelaki warga emas berusia 68 tahun dilaporkan hilang selepas keluar dari rumah di Kampung Saseh, Pos Perwor di sini sejak kelmarin.
Leggi di più »
Tiga cedera ringan selepas siling Megah Rise Mall runtuhTiga cedera ringan selepas siling Megah Rise Mall runtuh
Leggi di più »
Selepas beras, India hadkan eksport bawangSelepas beras, India hadkan eksport bawang
Leggi di più »
Saya takkan dapat jemputan kuliah lagi di Pulau Pinang selepas iniSaya takkan dapat jemputan kuliah lagi di Pulau Pinang selepas ini - Ustaz Kazim
Leggi di più »