Suami tikam isteri: Suspek direman seminggu
KANGAR: Seorang bekas tentera yang dipercayai menikam isterinya sehingga maut dalam kejadian di sebuah rumah di Jalan Padang Nyu, Arau, semalam direman selama tujuh hari bermula hari ini sehingga 7 Oktober.Terdahulu, suspek berkenaan tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Kangar dengan berpakaian berwarna oren kira-kira pukul 8.20 pagi.
Suspek tersebut juga dibawa masuk ke mahkamah dengan diiringi anggota polis bagi mendapatkan perintah reman berkenaan. Semalam Utusan Malaysia melaporkan, akibat cemburu dengan mengesyaki isterinya berlaku curang dipercayai menjadi punca seorang suami bertindak menikam isterinya dengan sebilah pisau di bahagian kiri dada wanita berkenaan dalam kejadian di sebuah rumah di Jalan Padang Nyu.
Dalam kejadian kira-kira pukul 6 pagi itu, dipercayai telah terjadi pergaduhan terlebih dahulu antara suspek berusia 38 tahun yang juga merupakan pesara tentera dan isterinya,31, merupakan seorang jururawat Hospital Tuanku Fauziah yang pada masa itu sedang bersedia untuk keluar pergi bekerja. Selepas menikam isterinya di ruang tamu rumah, suspek dikatakan telah membawa wanita berkenaan ke dalam bilik utama dan menutup mangsa dengan selimut tebal seterusnya menghantar dua anak mereka ke rumah pengasuh.
Italia Ultime Notizie, Italia Notizie
Similar News:Puoi anche leggere notizie simili a questa che abbiamo raccolto da altre fonti di notizie.
Polis Johor serbu 171 premis judi dalam talian, tahan 198 suspekPolis Johor menahan seramai 198 suspek dipercayai terlibat dengan aktiviti perjudian dalam talian haram menerusi Op Dadu Khas yang
Leggi di più »
Suspek bunuh Tupac Shakur didakwa selepas hampir 3 dekadSeorang bekas ketua geng jenayah ditahan dan didakwa atas tuduhan membunuh membabitkan kejadian tembakan penyanyi rap terkenal, Tupac Shakur
Leggi di più »
Komen aib di Facebook, sukarelawan polis ditahanPolis berkata suspek meninggalkan komen bersifat mengaibkan yang dipercayai ditujukan kepada seseorang.
Leggi di più »
Pegawai, anggota polis antara 6 ditahan larikan penganggurSemua suspek berusia 27 hingga 42 tahun ditahan di IPD Cheras Rabu lalu.
Leggi di più »
Suami penentu kemanisan hidup bermaduSUAMI umpama nakhoda kapal. Betul arahnya, benar jalannya, selamatlah sebuah kapal mengharungi segala ombak dan badai.
Leggi di più »
Gara-gara cemburu, jururawat maut ditikam suamiAkibat cemburu dengan mengesyaki isterinya berlaku curang dipercayai menjadi punca seorang suami bertindak menikam isterinya dengan sebilah
Leggi di più »