Sudah mohon maaf pada Azmi, akui lawak keterlaluan - Jihan Muse
PETALING JAYA: Pengacara, Jihan Muse, memohon maaf kerana menjadikan penyanyi, Azmi Saat yang cacat penglihatan sebagai bahan jenaka ketika mengendalikan program All Stars Gegar Vaganza , Ahad lalu.
“Saya tidak berniat untuk mempermainkan nama dan menghina seperti yang diperkatakan. Namun saya akui itu adalah kesilapan daripada saya sendiri kerana tidak peka dan sensitif. Pengacara itu turut berjanji tidak akan mengulangi kesalahan yang sama di samping lebih peka dalam mengendalikan program secara lebih profesional.
“Segala yang buruk daripada kekhilafan saya sendiri. Diharap perkara seperti ini tidak berulang lagi baik daripada saya atau sesiapa saja. Ia bukan perkara yang boleh dianggap biasa.